ARKIB

KATEGORI

Buletin

CVR pesawat rosak teruk, dibawa ke Singapura untuk keluarkan data rakaman

Berita Tempatan

Views

Kotak perakam suara kokpit (CVR) pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas dekat Persiaran Elmina, Shah Alam, Khamis lalu disahkan hangus terbakar.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menerusi sidang akhbar di Putrajaya, pagi tadi.

Loke berkata, buat masa ini, CVR itu kini berada di sebuah makmal di Singapura bagi proses mengeluarkan data rakaman suara 30 minit terakhir daripada komponen dikenali sebagai ‘memory puck‘.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Beliau berkata, CVR itu dibawa ke Singapura memandangkan Malaysia tidak mempunyai kepakaran mengeluarkan data itu selain keadaannya yang rosak teruk.

Katanya, Brigadier Jeneral Tan Chee Kee yang mewakili Biro Siasatan Keselamatan Udara (BSKU) kini berada di negara itu bagi urusan berkenaan.

CVR itu telah dihantar ke makmal pada Jumaat lalu, namun BSKU mendapati ia rosak teruk sebelum dihantar ke Singapura semalam.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Katanya, ‘memory puck‘ yang menyimpan data rakaman suara kokpit 30 minit terakhir masih elok cuma Malaysia tiada kepakaran untuk mengeluarkan data itu.

Loke berkata, ketika ini, tiada perkembangan lanjut dan keputusan terbaharu mengenai usaha itu dan ia dijangka tidak dapat diselesaikan dalam masa terdekat.

Menurutnya, beliau berharap semua pihak dapat memberi sedikit masa kepada pakar untuk mendapatkan rakaman suara kokpit itu. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply