ARKIB

KATEGORI

Buletin

UMWT tawar pilihan kit badan untuk Toyota Veloz, harga RM3,300

Berita Tempatan

Views

UMW Toyota Motor kini menawarkan pilihan kit badan untuk model kembar kepada Perodua Alza, iaitu Toyota Veloz.

Jika merujuk kepada laman sesawang rasmi Toyota Malaysia, pakej kit badan tersebut ditawarkan pada harga RM3,300.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Pakej kit badan ini merangkumi empat komponen berbeza iaitu:

  • Spoiler bampar hadapan
  • Spoiler bampar belakang
  • Pelapik sisi pintu
  • Spoiler bumbung

Kehadiran spoiler pada bampar hadapan memberikan penampilan lebih mantap dan agresif. Pelapik sisi pintu menjadikan MPV tujuh-tempat duduk ini kelihatan lebih sporty dan teguh.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Spoiler bumbung menambahkan lagi kesan visual dramatik, sekali gus memberikan penampilan lebih bergaya, manakala spoiler pada bampar belakang menyerlahkan penampilannya agar kelihatan lebih kemas.

Selain itu, perakam video pemuka (dashcam) di bahagian belakang turut ditawarkan pada harga RM380. Veloz hanya ditawarkan dengan satu pilihan varian sahaja dengan harga jualan RM95,000 (harga termasuk cukai SST, tidak termasuk insurans).

Veloz ditawarkan dengan lima pilihan warna, dua daripada merupakan dwitona berbumbung hitam iaitu Silver Metallic dan Blue Metallic, manakala selebihnya satu tona iaitu WhiteMetallic Bluish Black dan Red Metallic.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply