ARKIB

KATEGORI

Buletin

Artroniq meterai MoA pasang basikal elektrik Reevo

Berita Tempatan

Views

Artroniq Bhd (Artroniq) dan syarikat berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), Beno Inc memeterai perjanjian memorandum (MoA) bagi memasang rangkaian basikal elektrik (e-basikal) di Malaysia.

MoA yang dimeterai dua entiti itu membabitkan nilai melebihi RM100 juta menjelang 2025 dan mewujudkan lebih 100 peluang pekerjaan baharu kepada rakyat Malaysia.

Artroniq juga akan bekerjasama dengan firma AS itu membabitkan pengkongsian teknologi dan kepakaran untuk meneroka sektor EV menyeluruh bermula dengan e-basikal.

Dalam skop perjanjian itu, lebih 95 peratus e-basikal yang dipasang akan dieksport ke AS dan Eropah. Beno Inc yang juga syarikat yang berkembang pesat dalam bidang kenderaan elektrik, memberi tumpuan kepada kenderaan dua roda yang inovatif.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

Syarikat itu terkenal sebagai pencipta Reevo, e-basikal tanpa hub pertama di dunia dengan jangkauan pasaran yang semakin meningkat di AS dan Eropah. MOA berkenaan menandakan permulaan perkongsian yang akan memberi manfaat kepada Artroniq dan Beno Inc.

Di bawah syarat perjanjian Beno Inc akan memberikan hak pemasangan penuh bagi rangkaian produk Reevo sedia ada dan akan dilancarkan kepada Artroniq untuk tempoh dua tahun.

Ketua Pegawai Eksekutif Artroniq, Ken Liaw Way Gian berkata, syarikatnya akan memasang dan melengkapkan komponen produk Beno Inc dari China sebanyak 2,000 unit e-basikal sebulan bermula Mac ini.

Katanya, untuk peringkat pertama, mereka akan mengambil alih kilang pengeluaran sedia ada untuk memasang e-basikal ini. Lokasinya pula masih dalam perbincangan dan mungkin di Batu Kawan, Pulau Pinang membabitkan pelaburan RM5 juta.

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

Peringkat kedua pula adalah untuk menjadi pengedar e-basikal di negara ASEAN memandangkan ini ia hanya dieksport ke AS dan Eropah.

Peringkat ketiga adalah kerjasama dengan Beno Inc dalam aspek penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi e-motosikal yang akan dimulakan separuh kedua tahun ini.

Pemeteraian MoA itu disaksikan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. Turut hadir, Pengerusi Artroniq, Datuk Seri Abd Rahim Jaafar dan Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Beno Inc, Thomas White.

Artroniq mendedahkan terdapat peluang besar dalam pasaran e-basikal, dengan kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) sebanyak 10.5 peratus dalam tempoh tujuh tahun akan datang, dan akan mencecah AS$40 bilion (RM174.79 bilion) menjelang 2030.

Pihaknya percaya perkongsian ini bukan sahaja akan memberi manfaat bersama tetapi juga akan menawarkan nilai yang signifikan kepada pelanggan dan pihak berkepentingan mereka. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply