ARKIB

KATEGORI

Tular

Naza Ria tiba-tiba terbakar, pemandu nyaris rentung

Tular

Views

Sebuah kenderaan musnah sepenuhnya selepas terbakar secara tiba-tiba di hadapan Petronas Lebuh Raya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang (Silk) sebelum Universiti Tenaga Nasional (Uniten), di Kajang, pagi tadi.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

Pengarah Bomba Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 8.03 pagi sebelum menggerakkan anggota ke lokasi.

Katanya, sebanyak sembilan anggota berserta dua jentera telah dikejarkan ke lokasi kemalangan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cyberjaya bagi melakukan pemadaman api.

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

Tambah beliau, laporan di lokasi mendapati sebuah Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) jenis Naza Ria telah terbakar sepenuhnya.

Kejadian tersebut didapati berlaku ketika kenderaan itu sedang bergerak dan mangsa sempat menyelamatkan diri. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply