ARKIB

KATEGORI

Buletin

Audi Malaysia lancar aplikasi mudah alih myAudiWorld

Berita Tempatan

Views

PHS Automotive Malaysia (PHSAM) hari ini memperkenalkan aplikasi mudah alih pertamanya, “myAudiWorld” untuk para pemilik kenderaan Audi di negara ini.

Aplikasi ini menawarkan rangkaian ciri menarik untuk menjadikan pengalaman pemilikan kini lebih mudah, menarik dan direka khas demi keperluan pemilik Audi.

myAudiWorld menawarkan akses mudah terhadap pelbagai ciri daripada menjadual temu janji servis, mendapat tawaran serta promosi terkini sehinggalah mencari lokasi Pusat Servis Audi terdekat.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Menurut Pengarah Urusan PHSAM, Denyu Bostandzhiev, pengenalan aplikasi tersebut bermakna para pengguna kini boleh mengawal pengalaman pemilikan dan pemanduan kereta Audi mereka dengan lebih baik.

Dengan ini, para pelanggan mempunyai akses mudah ke atas pelbagai perkhidmatan dan ciri, ia penting bagi mengekalkan kenderaan Audi mereka sentiasa dalam keadaan terbaik.

Selain untuk kenderaan baharu, aplikasi ini turut menawarkan penjagaan kepada kereta Audi yang berusia lima tahun dan ke atas, termasuklah model yang diimport secara parallel.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Ia turut merangkumi pakej-pakej penjagaan eksklusif seperti Audi Plus (yang hadir dengan bantuan tepi jalan) dan pakej Repair.

Antara ciri-ciri pada aplikasi myAudiWorldApp termasuklah:

  • Menjadual janji temu servis di mana-mana pusat servis Audi
  • Menebus baucar secara terus dan menikmati promosi eksklusif untuk perkhidmatan dan aksesori Audi
  • Mengetahui dan navigasi ke Audi Centre yang berhampiran
  • Mengetahui lokasi kemudahan pengecasan
  • Peringatan servis dalam bentuk notifikasi
  • Akses mudah dan pantas untuk bantuan kecemasan 24 jam menerusi talian bantuan khas
  • Berita terkini, pelancaran, perkembangan menarik dan kemas kini daripada Audi Malaysia.

Aplikasi myAudiWorld kini boleh dimuat turun ke peranti Android, Huawei dan iOS. Untuk maklumat lanjut, layari www.audi.com.my.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply