ARKIB

KATEGORI

Sukan Permotoran

Joki ESR maut dalam perlumbaan drag di Pekan

Sukan Permotoran

Views

Litar drag terus menjadi medan maut untuk pelumba apabila kes terbaharu membabitkan peserta Malaysia Drag Bike National ET Record Championship 2023 Road Tour 2023 meninggal dunia selepas bertarung nyawa lebih 12 jam akibat kemalangan.

Mangsa dikenali Hattem Rashdi berusia 22 tahun terbabit kemalangan pada hari pertama perlumbaan pada 1 pagi Ahad lalu di Pekan, Pahang, selepas motosikal ditungganginya terbabas sebelum melanggar penghadang jalan.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Hattem yang mewakili ESR Motor dibawa ke Hospital Pekan untuk rawatan lanjut sebelum dipindahkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan memandangkan keadaannya makin tenat.

Menurut Pemilik ESR Motor, Adib Affandi Mohamad memaklumkan Hattem disahkan meninggal dunia pada 2.30 petang hari ini dan jenazahnya akan dibawa ke kampung halaman di Alor Janggus, Kedah untuk urusan pengebumian.

Katanya, Allahyarham adalah pelumba litar drag yang berbakat dan menjadi penunggang kepada ESR Motor sejak dua tahun lalu.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Difahamkan, jentera yang ditunggangi Allahyarham berhadapan masalah teknikal sebelum terbabas dan melanggar penghadang jalan.

Mengikut rekod, kematian membabitkan pelumba drag bukannya kali pertama kerana pada Battle of The King (BOTK) 2022 yang berlangsung di Litar Perlumbaan Terengganu, Gong Badak, Terengganu, Oktober tahun lalu menyaksikan seorang pesertanya maut ketika perlumbaan.

Selang dua bulan kemudian, seorang pengusaha bengkel kenderaan pula maut selepas dirempuh sebuah kereta lumba ketika menyaksikan pertandingan ‘CCT Battle of Champion‘ di Litar Dato’ Sagor, Kampung Gajah, Pasir Salak, Perak. – Harian Metro

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply