ARKIB

KATEGORI

Buletin

Wanita maut Perodua Ativa rempuh belakang lori kontena

Berita Tempatan

Views

Seorang wanita maut apabila kereta Perodua Ativa yang dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori kontena di Kilometer 249.9 Lebuh Raya Utara Selatan (arah selatan) berhampiran susur masuk Hentian Rehat dan Rawat (RnR) Senawang di Seremban baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superitendan Mohd. Rosli Ishak berkata, dalam kejadian lebih kurang pukul 7.45 pagi itu, mangsa wanita berusia 30 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah kereta Perodua Ativa dipandu mangsa sedang bergerak dari arah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju ke arah Melaka seorang diri.

Apabila tiba di lokasi kejadian, kenderaan mangsa itu disyaki hilang kawalan lalu melanggar bahagian belakang lori kontena jenis Volvo dipandu seorang lelaki berusia 43 tahun.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Mohd. Rosli berkata, pada masa itu lori kontena terbabit sedang berhenti di sebelah kanan susur RnR Senawang sementara menunggu giliran tempat letak kenderaan berat yang masih penuh dengan kenderaan.

Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tuanku Ja’afar Seremban untuk proses bedah siasat. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan.

Tambah beliau, mana-mana saksi yang melihat atau mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian itu boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhamad Alif di talian 018-2029479 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban 06-6033222 bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Peggy Choo

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply