ARKIB

KATEGORI

Buletin

Badan kapal KD Laksamana Tan Pusmah terkoyak dirempuh bot tempur

Tular

Views

Dua buah kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berlanggar ketika melakukan demonstrasi pada Hari Terbuka Armada 2022 (HTA22) di Pangkalan TLDM Lumut, petang semalam.

Menurut kenyataan Bahagian Komunikasi Strategik Markas Pemerintahan Armada Barat TLDM di Lumut hari ini, kejadian berlaku ketika anggota melakukan demonstrasi ‘manuvra‘ bagi memintas bot mencurigakan di Jeti Operasi di pangkalan tersebut.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

Dalam demonstrasi itu, sebuah bot tempur telah hilang kawalan dan terlanggar Kapal Diraja (KD) Laksamana Tan Pusmah yang berada di lokasi demonstrasi itu dilakukan.

Insiden tersebut telah mengakibatkan badan kapal KD Laksamana Tan Pusmah terkoyak sepanjang 2 x 1 meter manakala bot tempur kemek di bahagian haluannya.

Menurut kenyataan itu, kejadian itu tidak menyebabkan sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan.

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

Katanya, kejadian itu juga tidak menjejaskan perjalanan HTA22 dan ia akan diteruskan seperti biasa mengikut atur cara yang telah ditetapkan. Lembaga siasatan TLDM telah ditubuhkan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Semalam, tular video menunjukkan insiden pelanggaran itu ketika demonstrasi dilakukan yang melibatkan sebuah bot tempur dan sebuah helikopter mengejar sebuah ‘bot mencurigakan’ di kawasan jeti tersebut.

HTA22 diadakan selama tiga hari bermula semalam yang memberi peluang orang ramai masuk ke dalam Pangkalan TLDM Lumut untuk menyaksikan pelbagai acara dan pameran yang disediakan. – UTUSAN

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Inforoadblock

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply