ARKIB

KATEGORI

Buletin

Chery Group catat jualan melebihi 100,000 unit selama enam bulan berturut-turut

Berita Global

Views

Chery Group berjaya menjual 100,531 unit pada November, yang merupakan bulan yang keenam berturut-turut jualannya melebihi 100,000 unit.

Dalam 11 bulan pertama 2022, Chery telah menjual 1,127,289 unit, meningkat 32.6 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu sekali gus pencapaian tertinggi dalam sejarahnya.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

Bersama dengan peningkatan jumlah eksport sebanyak 70.9 peratus, Chery telah mencatat rekod baharu bagi eksport kenderaan penumpang jenama China.

Meskipun berdepan pelbagai cabaran sepanjang 2022, Chery yang merupakan pengeksport kenderaan penumpang Nombor 1 di China selama 19 tahun berturut-turut, telah berjaya memecahkan rekodnya sendiri, dengan empat bulan di mana jumlah eksport melebihi 50,000 unit.

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

Pencapaian membanggakan ini adalah bertunjangkan kekuatan produk Chery seperti Tiggo 8 Pro yang telah mencatatkan jualan sebanyak 171,000 unit setakat tahun ini.

Tiggo 7 Pro pula mencapai jualan sebanyak 146,000 unit dan muncul pendahulu carta dalam segmennya di Qatar serta di negara dan wilayah Timur Tengah yang lain.

Chery kini mempunyai lebih 11.13 juta pengguna di seluruh dunia, termasuk 2.35 juta pengguna di luar China. Dengan kerjasama lebih banyak pengedar luar negara serta rakan niaga dalam industri automotif global, syarikat tersebut akan terus mempercepatkan strategi globalisasinya dan membina imej jenamanya di rantau dunia.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply