ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kos selenggara tinggi, gaji pemandu punca tambang bas sekolah naik

Berita Tempatan

Views

Kos penyelenggaraan kenderaan yang tinggi dan kenaikan gaji pemandu menjadi punca tambang bas sekolah terpaksa dinaikkan tahun depan.

KOSMO! ONLINE melaporkan, seorang pengusaha bas yang hanya mahu dikenali sebagai Ramesh, 40-an berkata, tindakan itu adalah bersesuaian dengan situasi ekonomi semasa.

Katanya, banyak faktor yang menyebabkannya perlu menaik­kan harga tambang bas sekolah tahun depan.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

Pihaknya terpaksa menanggung kos selenggara dan baik pulih van atau bas sekolah yang tinggi setiap bulan bagi memastikan kenderaan sentiasa berada dalam keadaan baik dan selamat.

Bukan itu sahaja, dia juga perlu memikirkan tentang kebajikan pemandu van sekolah. Ada yang sudah bersuara mahu gaji dinaikkan tahun depan dan dia perlu menunaikannya.

Tambahnya, pada ketika ini, bukan senang untuk menggajikan pemandu, lebih-lebih lagi ramai pula antara mereka yang sudah beralih kepada pekerjaan lain ketika pandemik Covid-19 dahulu. Jika ada pun, ramai yang sudah berusia 50-an.

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

Seorang pengusaha dan juga pemandu van sekolah yang ha­nya mahu dikenali sebagai Ahmad, 49, berkata, dia tidak memaksa mana-mana ibu bapa atau penjaga pelajar untuk terus mendapatkan perkhidmatannya selepas menetapkan kadar tambang baharu tahun depan.

Dia terpaksa menaikkan tambang baharu cuma RM20 seorang bagi menampung kos sara hidup diri dan keluarga. Ini belum lagi berdepan dengan pelbagai kerosakan van. Ahmad juga perlu menanggung isteri dan lima anak yang masih bersekolah.

Tambahnya, dia tidak memaksa ibu bapa berbuat demikian (membayar ikut tambang baharu) ke­rana ramai lagi yang memerlukan perkhidmatan van sekolah ketika ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hiasan

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply