ARKIB

KATEGORI

Info

Banjir di LPT1 – Beberapa laluan masih lagi ditutup

Info

Views

Kenyataan media rasmi dari pemegang konsesi Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1)ANIH Berhad yang dikemaskini jam 12.00 tengahari ini memaklumkan beberapa laluan di lebuh raya berkenaan masih lagi ditutup sepenuhnya.

JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!

Laluan di KM113 dan KM 115 (antara Persimpangan Lanchang ke Persimpangan Temerloh), LPT1 masih ditutup kedua-dua hala kepada lalu lintas susulan kenaikan air, manakala laluan di KM84.6 – KM84.7 (antara Persimpangan Lanchang ke Persimpangan Karak), LPT1 menghala ke Kuantan juga masih ditutup kepada lalu lintas.

JOM BACA >> PANAS : Saga R3 Limited Edition ke tu?

Walaubagaimanapun, laluan antara Lanchang hala Kuala Lumpur telah di buka pada jam 9.00 pagi pada 5 Januari 2021. ANIH Berhad menasihati orang ramai agar menangguhkan perjalanan dan mematuhi arahan petugas di lokasi selain mendapatkan maklumat laluan alternatif dari Bilik Gerakan Bencana JKR Pahang di talian 09-5717157 atau portal Ebencana di bencanaalam.jkr.gov.my.

Pengguna turut disarankan untuk mengikuti laman rasmi media sosial ANIH Berhad di Twitter @LPTTrafik dan Facebook @Lebuhraya Pantai Timur atau hubungi LPT-Line di 09 5479111 atau 1-700-818-700 untuk maklumat sahih dan terkini.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Lebuhraya Pantai Timur

JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50
JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios
JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021
JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!
JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply