ARKIB

KATEGORI

Buletin

Op Penjaja Jalanan : 4 saman dikeluarkan BSPTD IPD Taiping

Berita Tempatan

Views

Laman Facebook rasmi Polis Daerah Taiping petang tadi memaklumkan, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik(BSPTD) IPD Taiping telah menjalankan Op Penjaja Jalanan di sekitar pentadbiran IPD Taiping pada 5 Januari 2021 di ketuai oleh ASP Ng Wei Boon, Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Taiping, bersama Pegawai Kanan dan tiga Pegawai Rendah Polis.

JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!

Hasil operasi yang dijalankan telah mengeluarkan empat keping saman Pol 257 atas kesalahan 10 A (1) Jual Barangan/Risalah/Loteri setelah dinasihatkan beberapa kali sebelum ini. Pihak Polis juga turut menasihati agar berniaga di tepi jalan yang lapang dengan menggunakan kanopi.

JOM BACA >> PANAS : Saga R3 Limited Edition ke tu?

Perbuatan berniaga di lampu isyarat adalah salah satu perkara yang mendatangkan bahaya kepada penjual dan juga pengguna lalu lintas. Pada tahun 2019, kami pernah menyiarkan artikel mengenai penjaja pelbagai jenis makanan di persimpangan lampu isyarat di Terengganu yang bakal berdepan hukuman penjara dan denda sehingga RM100,000 jika didapati tidak menghentikan aktiviti itu.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Polis Daerah Taiping

JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50
JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios
JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021
JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!
JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply