ARKIB

KATEGORI

Buletin

Banjir kilat di Ducati PJ – Keadaan terkawal dan pemilik telah pun dihubungi

Berita Tempatan

Views

Semalam laman Facebook kami ada memuatnaik beberapa foto kejadian banjir kilat di pusat pameran Ducati Malaysia PJ yang berlaku petang semalam. Pengedar rasmi Ducati di Malaysia, Next Bike Sdn Bhd telah tampil untuk menjelaskan keadaan tersebut menerusi satu kenyataan media ringkas.

JOM BACA >> INTIP : KIA Seltos mula tiba di Malaysia

Menurut kenyataan media dari Ketua Syarikat Next Bike Sdn Bhd Dennis Michael, pihaknya telah mengesahkan kejadian itu dan sedang menilai situasi tersebut. Keadaan banjir telah pun reda dan situasi dalam keadaan terkawal tanpa sebarang kecederaan dilaporkan.

JOM BACA >> RISIK : Proton X30 tiada dalam perancangan, tetapi apa tujuan model tersebut diuji?

Keutaaman mereka sekarang adalah menjaga kepentingan dan kepercayaan para pelanggan, kakitangan dan orang awam sepanjang masa. Oleh itu, mereka telah pun menghubungi para pemilik motosikal di bawah jagaan Ducati Malaysia PJ bagi memaklumkan kepada mereka tentang situasi tersebut.

Dalam masa yang sama pihak pihak Next Bike berharap agar orang awam  agar mengelakkan diri daripada menyebarkan berita yang boleh menyebabkan kekeliruan berhubung dengan isu ini. Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi mereka menerusi alamat e-mel [email protected].

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Lelaki ini ditangkap sebab ‘kantoi’ ambil gambar kereta sendiri semasa perintah berkurung
JOM BACA >> INTIP : Adakah Geely Vision S1 bakal jadi Proton X30?
JOM BACA >> Lagi foto risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris
JOM BACA >> Risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris, kembar Myvi di Indonesia dapat versi crossover lebih awal?
JOM BACA >> Kalau Proton nak keluar Saga dua pintu, mungkin ini bentuk yang sesuai

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply