ARKIB

KATEGORI

Info

Motosikal dilanggar kereta lain semasa bantu mangsa kemalangan – Anggota bomba ini dijulang sebagai ‘hero’

Kisah Tular

Views

Cerita ini kebetulan melintas di garis masa (timeline) di Facebook penulis, jadi rasa terpanggil juga untuk kongsikan kisah yang setakat telah dikongsikan sebanyak 1,400 kali oleh warganet dan turut mendapat lebih 300 komen. Hantaran itu telah dimuatnaik ke akaun Facebook milik Nat Tee yang merupakan mangsa kemalangan tersebut.

Kejadian telah berlaku pada 7 Julai 2019 dan menurutnya ketika itu dia sedang dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur dalam keadaan hujan lebat. Kereta yang dipandunya tiba-tiba hilang kawalan lalu merempuh pembahagi jalan akibat jalan licin. Walaupun keretanya rosak teruk namun dia bersyukur kerana terselamat dan masih diberi peluang kedua untuk hidup.

JOM BACA >> PANAS : Lagi foto Proton Saga facelift 2019 tertiris, mungkin varian Standard

Akibat rempuhan tersebut, kereta itu terhenti di tengah-tengah lebuh raya dan mujurlah ada sorang penunggang motosikal yang berhenti dan terus memberikan bantuan. Penunggang motosikal tersebut membantu untuk membuka pintu dan berjaya mengeluarkan mangsa.

Kemudian lelaki tersebut membantu mengawal lalu lintas untuk mengelakkan kereta lain merempuh kereta tersebut. Tidak lama kemudian, datang sebuah Toyota Vios yang turut hilang kawalan di kawasan yang sama dan merempuh motosikal lelaki tersebut. Kemudian ada dua buah lagi kereta hilang kawalan dan keadaan menjadi agak kelam-kabut ketika itu.

JOM BACA >> INTIP : Proton Saga facelift 2019 varian Premium dikesan di dua lokasi berbeza

Menurut Nat Bee, hikmah dari kejadian ini adalah ia membuktikan yang rakyat Malaysia masih saling membantu antara satu sama lain dan bersatu tanpa mengira bangsa atau perbezaan budaya. Tambahnya lagi, rakannya telah berjaya mendapatkan nombor telefon lelaki berhati mulia tersebut. Lelaki yang bernama Mohd Fairul itu telah berjaya dihubungi dan merupakan seorang anggota bomba dari Balai Bomba Seremban II.

Nat Bee telah mengambil kesempatan itu untuk mengucapkan terima kasih kepada Mohd Fairul dan turut berharap agar kisah ini dikongsi serta menjadi inspirasi kepada lebih ramai orang di luar sana. Dalam masa yang sama Nat Bee turut mendoakan kesejahteraan kepada anggota bomba tersebut dan juga ahli keluarganya.

Semoga kisah ini menjadi tauladan dan iktibar kepada semua.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji Saga facelift 2019 varian Standard
JOM BACA >> Gambaran reka bentuk rim 15 inci Proton Saga facelift 2019
JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 – Harga mungkin turun, ini yang pasti ada
JOM BACA >> PANAS : Foto papan pemuka Proton Saga facelift 2019 varian Standard pula tertiris

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply