ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pengeluaran model ikonik Volkswagen Beetle berakhir

Berita Global

Views

Menurut laman sesawang rasmi Volkswagen, setelah beberapa generasi menjadi model ikonik dan fenomena dalam dunia automotif global, legasi Volkswagen Beetle kini berakhir. Unit terakhir yang dikeluarkan dari kilang Volkswagen de Mexico berwarna Denim Blue akan dipamerkan di muzium Volkswagen di Puebla sebagai penghormatan terakhir kepadanya.

Kilang Volkswagen de Mexico selepas ini bakal mengeluarkan SUV kompak yang disasarkan khusus untuk pasaran Amerika Utara yang akan diletakkan di bawah model Tiguan. Presiden dan CEO, Kumpulan Volkswagen Group Amerika, Scott Keogh berkata, beliau tidak dapat membayangkan bagaimana jenama Volkswagen tanpa model ikoniknya, Beetle.

JOM BACA >> PANAS : Lagi foto Proton Saga facelift 2019 tertiris, mungkin varian Standard

Tambahnya lagi, bermula dari import pertamya pada 1949 sehingga ke model reka bentuk inspirasi retro terkini, ia telah membuktikan keupayaan syarikat mengisi lompong dalam industri automotif. Walaupun masanya telah tiba, peranan yang dimainkannya dalam evolusi jenama ini akan sentiasa dikenang buat selamanya.

Diperkenalkan di Amerika sebagai Type 1, Volkswagen telah menjual hampir lima juta unit Beetle di negara Uncle Sam itu dan 21.5 juta unit di seluruh dunia. Pada tahun 1998, Beetle serba baharu yang menampilkan rekaan “moden retro” dilancarkan dan telah terjual lebih dari 1.2 juta unit antara 1998 dan 2010.

JOM BACA >> INTIP : Proton Saga facelift 2019 varian Premium dikesan di dua lokasi berbeza

Pada 2011, generasi ketiga dan terkini Beetle memasuki pasaran di Amerika Syarikat sebagai model 2012 dan lebih dari setengah juta unit telah dikeluarkan sejak itu. Dijual dalam varian coupe dan convertible, generasi kedua dan ketiga Beetle telah dikeluarkan dalam 23 pilihan warna luaran, 32 pilihan kemasan dalaman, 13 konfigurasi enjin yang berbeza dan 19 edisi khas termasuklah Dune, Denim, Coast dan #PinkBeetle.

Kesemua unit generasi kedua dan ketiga Beetle telah dihasilkan di kilang Volkswagen de Mexico, Puebla dan telah dijual di 91 pasaran seantero dunia. Unit terakhir yang dibina untuk Amerika Syarikat, dua unit kereta berwarna Kings Red dengan papan pemuka, kunci dan tempat duduk kemasan quilt kustom akan turut dipamerkan sebagai koleksi kenderaan bersejarah Volkswagen Amerika.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji Saga facelift 2019 varian Standard
JOM BACA >> Gambaran reka bentuk rim 15 inci Proton Saga facelift 2019
JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 – Harga mungkin turun, ini yang pasti ada
JOM BACA >> PANAS : Foto papan pemuka Proton Saga facelift 2019 varian Standard pula tertiris

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply