Berita baik buat peminat jenama Honda! Semalam Honda Malaysia mengumumkan barisan Barangan Cenderahati Rasmi Honda untuk Siri ‘TEI’ kini boleh didapati di Shopee. TEI yang membawa maksud ‘Trust, Equality & Individuality’ yang diinspirasikan dari falsafah Honda dan ia menampilkan 21 barangan dalam empat koleksi berbeza seperti Corporate, Lifestyle, Activewear dan Travel.
JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?
Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia Encik Toichi Ishiyama, sejak diperkenalkan pada Mac 2020, Siri ‘TEI’ telah mendapat sambutan yang memberangsangkan dari peminat Honda di Malaysia. Jelas beliau, jualan produk ini telah meningkat sebanyak 18 peratus pada bulan pertama pengenalannya berbanding barisan produk cenderahati yang sebelumnya, ‘The Challenging Spirit’.
Katanya lagi, koleksi Lifestyle muncul barangan paling popular dengan menyumbang sebanyak 46 peratus jumlah jualan keseluruhan produk cenderahati. Tambah beliau, dengan adanya Barangan Cenderahati Rasmi Honda di Shopee, ia akan memudahkan para pelanggan gemar membeli-belah secara dalam talian.
JOM BACA >> Proton tak jadi lelong 7 model kereta ini di Pickles Auctions!
Bersempena dengan pelancarannya, Honda Malaysia turut mengumumkan tawaran menarik satu hari sahaja pada 25 Julai 2020. Pelanggan bakal menikmati baucar RM10 storewide, baucar Shopee Coins Cashback, jualan gegar 10 peratus, jualan gedung 10 peratus dan tawaran RM7 untuk barangan terpilih, antaranya:
- Beg Silang
- Payung (30”)
- Rantai Kunci dan Set Beg Kunci
- Topi
- Beg Kasut
- Botol Air boleh lipat
- Hoodie Unisex (saiz M)
Layari Barangan Cenderahati Rasmi Honda di Shopee menerusi pautan https://shopee.com.my/hondamalaysia.os atau laman Facebook rasmi Honda Malaysia untuk melihat barangan yang tersedia.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Beberapa lagi ‘harta karun lama’ Proton dan Lotus bakal dilelong Pickles Auctions pada 23 Julai nanti!
JOM BACA >> RISIK : Perodua D55L mungkin dilancar awal tahun depan, bakal ada 3 varian
JOM BACA >> 36 tahun menabur jasa – ‘Pemandu terhebat’ di Proton, Tengku Azizan bersara
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 dan Persona dikesan di Dungun!
JOM BACA >> INTIP : Foto Proton Saga Anniversary Edition bocor!
KOMEN TERKINI