ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda Malaysia mula siar iklan acah pertama City 2020!

Berita Tempatan

Views

Akhirnya, yang ‘Cik City’ yang dinanti bakal tiba tidak lama lagi! Menerusi satu hantaran ringkas di laman Facebook rasmi Honda Malaysia mula menyiarkan poster iklan acah pertama City 2020 dengan kapsyen, “Your time is up“. City 2020 menepati ramalan kami yang menjangkakannya bakal dilancarkan pada separuh kedua tahun ini.

JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?

Model yang ditunggu-tunggu oleh para peminat permotoran di Malaysia ini sedang menghitung detik pelancarannya yang dijangka dalam masa yang terdekat. Kelibat unit ujian model ini telah beberapa kali dirakam oleh para pembaca kami dan menurut info yang diperolehi ia bakal dikeluarkan di kilang Honda Malaysia di Pegoh, Melaka.

City generasi kelima telah dilancarkan di Thailand tahun lalu dan ia dikuasakan oleh enjin tiga silinder VTEC 1.0 liter yang dilengkapi dengan pengecas turbo dari BorgWarner, dwi Variable Valve Timing Control (VTC) dan Variable Valve Timing and Lift Electronic Control (VTEC).

JOM BACA >> Proton tak jadi lelong 7 model kereta ini di Pickles Auctions!

Model ini dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan seperti Brek Anti Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek (BA) dan Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA) sebagai ciri standard. Di Thailand, model ini telah menepati piawaian yang ditetapkan untuk Kereta Eko Fasa 2 yang dikatakan lebih ketat dari segi penggunaan bahan bakar dan emisi.

Adakah versi Malaysia nanti akan mendapat enjin VTEC 1.0 liter? Kami jangka kebarangkalian itu agak tinggi memandangkan pesaing rapatnya Nissan Almera baharu juga dijana oleh enjin berkapasiti yang sama. Adakah anda sudah bersedia? Nantikan kemunculannya!

KLIK UNTUK BESARKAN

Honda City 2020

JOM BACA >> Beberapa lagi ‘harta karun lama’ Proton dan Lotus bakal dilelong Pickles Auctions pada 23 Julai nanti!
JOM BACA >> RISIK : Perodua D55L mungkin dilancar awal tahun depan, bakal ada 3 varian
JOM BACA >> 36 tahun menabur jasa – ‘Pemandu terhebat’ di Proton, Tengku Azizan bersara
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 dan Persona dikesan di Dungun!
JOM BACA >> INTIP : Foto Proton Saga Anniversary Edition bocor!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply