ARKIB

KATEGORI

Buletin

Fakta ringkas menarik Toyota Land Cruiser Prado 250 Series 2024

Berita Global

Views

Toyota Motor Corporation (Toyota) hari ini telah memperkenalkan generasi baharu Land Cruiser Prado yang kini dikenali dengan nama 250 Series. Mengikut jadual, model ini bakal dilancarkan ke pasaran Jepun pada separuh pertama (Q1) tahun 2024.

Apa yang menarik tentang Land Cruiser Prado 250 Series baharu ini? Ini fakta-fakta ringkas menarik mengenainya:

Pelantar

Model ini dibina berasaskan pelantar TNGA GA-F yang turut dikongsi oleh Land Cruiser 300 Series. Dengan menggunakan pelantar ini, ketegaran kerangkanya telah meningkat sebanyak 50 peratus manakala secara keseluruhan ketegarannya meningkat 30 peratus.

Ia dilengkapi dengan sistem stereng berkuasa elektrik (EPS), Multi-Terrain Monitor dan Multi-Terrain Select. Prado 250 Series juga menjadi kenderaan Toyota yang pertama menampilkan fungsi Stabilizer Disconnect Mechanism (SDM).

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Dimensi

Dari segi dimensi, Prado 250 Series baharu berukuran 4,925 mm panjang, 1,980 mm lebar dan 1,870 mm tinggi, manakala jarak antara gandar rodanya 2,850 mm. Jarak lega tanahnya pula berukuran 220 mm.

Pilihan rangkaian kuasa

Prado 250 Series ditawarkan dengan pelbagai pilihan rangkaian kuasa mengikut pasaran. Berikut adalah senarai rangkaian kuasa yang bakal ditawarkan:

  • Amerika dan China – Enjin petrol 2.4-liter turbo hibrid T24A-FTS yang dipadankan dengan transmisi automatik Direct-Shift 8-kelajuan yang menjana 330 PS dan 630 Nm daya kilas.
  • Timur Tengah dan Eropah Timur – Enjin petrol 2.4-liter turbo T24A-FTS (bukan hibrid), dipadankan dengan transmisi automatik Direct-Shift 8-kelajuan yang menjana 281 PS dan 430 Nm daya kilas.
  • Australia dan Eropah Barat – Enjin diesel 2.8-liter turbo 1GD-FTV, dengan sistem hibrid sederhana 48 volt, dipadankan dengan transmisi automatik Direct-Shift 8-kelajuan yang menjana 204 PS dan 500 Nm daya kilas.
  • Eropah Timur, Jepun dan lain-lain – Enjin petrol 2.7 liter 2TR-FE dipadankan dengan transmisi Super-ECT 6-kelajuan, yang menjana 163 PS dan 246 Nm daya kilas.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Reka bentuk

Gaya reka bentuk Prado 250 Series menggabungkan elemen tradisional dan moden. Penggayaan luaran dan dalaman model ini memfokuskan kepada tiga elemen utama, iaitu ‘keandalan’, ‘tak lapuk dek zaman’ dan ‘profesional’.

Reka bentuk luarannya menampilkan permainan garisan melintang untuk menzahirkan keunikan ‘siluet’ Land Cruiser, manakala rekaan kabinnya berubah daripada gaya mewah kepada fungsi ‘off-road‘ yang sebenar.

Keselamatan

Dari aspek keselamatan pula, Prado 250 Series dilengkapi dengan pakej keselamatan aktif Toyota Safety Sense yang didatangkan secara standard bagi semua varian.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply