ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bas awam elektrik tanpa pemandu dilancarkan di Seoul

Berita Global

Views

Pihak berkuasa Seoul melancarkan perkhidmatan bas automatik (tanpa pemandu) komersial pertamanya dengan memperkenalkan dua kenderaan elektrik tersebut kelmarin, lapor agensi berita United Press International.

Langkah terbaharu itu merupakan usaha kerajaan Korea Selatan bagi membolehkan kenderaan-kenderaan automatik ditawarkan untuk kegunaan harian.

Bas-bas itu boleh membawa tujuh penumpang dan akan bergerak dalam laluan sejauh 3.4 kilometer (km) di sekitar Cheonggye Stream iaitu kawasan pelancongan dan komersial yang sibuk di pusat bandar Seoul.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Perkhidmatan bas tersebut adalah percuma semasa tempoh pelancaran dan penumpang boleh menunggu di dua perhentian di sepanjang laluan selepas menempah tempat duduk menerusi satu aplikasi mudah alih.

Bas-bas itu dibangunkan oleh syarikat kenderaan automatik, 42dot, yang diambil alih oleh Hyundai Motors pada Ogos lalu.

Datuk Bandar Seoul, Oh Se-hoon bersama eksekutif dari Hyundai dan 42dot mengadakan majlis pelancaran kelmarin dengan mempamerkan perkhidmatan bas itu kepada pegawai kerajaan dan media.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

“Langkah pertama kami yang sangat bermakna untuk menjadikan Seoul sebagai bandar utama untuk pemanduan automatik telah bermula.

“Mulai hari ini, kami akan memberikan sokongan penuh untuk mengumpul banyak data dan menjadi bandar yang mengambil inisiatif dalam mempromosikan pemanduan automatik,” kata Se-hoon semasa pelancaran.

Pada November lalu, Seoul telah memulakan perkhidmatan sedan automatik komersial pertamanya dan pada Jun sebelumnya, bandar itu telah memulakan projek perintis teksi automatik, Robotaxi di kawasan kejiranan Gangnam yang sesak. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Economedia.ro

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply