ARKIB

KATEGORI

Buletin

Walaupun ditawar puluhan ribu ringgit, Wak Doyok takkan jual motosikal BSA WM20nya

Berita Tempatan

Views

Personaliti fesyen dan pelakon, Wak Doyok menolak tawaran menjual motosikal klasiknya jenis WM20 buatan British pada 1940 biarpun harga mencecah puluhan ribu ringgit Malaysia.

Baginya motosikal tentera yang digunakan ketika perang pada zaman British berkenaan amat bernilai buatnya kerana model dan rekabentuk klasik yang sukar ditemui lagi ketika ini.

Menurutnya, motosikal berkenaan di beli sekitar 1995 dengan harga RM3,500 namun kini ia mencecah puluhan ribu ringgit kerana nilai seni pembuatannya yang unik.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Katanya, minat yang mendalam kepada motosikal klasik mendorong dia menyertai perhimpunan membabitkan kenderaan berkenaan walaupun terpaksa menunggang sendiri motosikal itu ke setiap lokasi perjumpaan.

Dia yang tinggal di Klang berkata, terkini dia bersama kira-kira 20 rakan lain dari Selangor menyertai Pameran Motosikal Tentera di Melaka, semalam.

Katanya, dia menerima pelbagai tawaran untuk membeli motosikal berkenaan dengan harga yang tidak masuk akal, namun buat masa ini tidak akan menjualnya walaupun dengan harga tinggi sekali pun.

Ia berikutan motosikal berkenaan memiliki nilai sentimental yang tinggi kerana minat awalnya untuk menjadi tentera tetapi ayah menghalang cita-cita terbabit.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Justeru, dia kini tetap mengenakan pakaian dan motosikal perang ketika perhimpuan motosikal klasik berkenaan.

Wak Doyok atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor, berkata, dia mengambil masa beberapa jam secara santai untuk sampai ke pusat pameran dengan menunggang motosikal berkenaan dan bersyukur tidak menghadapi masalah sepanjang perjalanan.

Pameran di Melaka membabitkan lebih 150 pemilik motosikal klasik yang unik dan menarik termasuk model F Harley Davidson, BSA B50, Norton 18 dan ES2, Yamaha XT 500 BSA, Ariel, Triumph, Norton, Royal Enfield, Vespa dan Lambretta selain basikal berbagai jenama.

Pelakon Abang Long Fadil 3 itu berkata, dia turut memiliki beberapa lagi motosikal lama yang dibeli sekitar kawasan perkampungan yang tersandai dan dibaik pulih semula termasuk Lambretta dan Vespa namun kini fokusnya lebih kepada motosikal BSA berkenaan. – Harian Metro

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Wak Doyok Wak Doyok

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply