ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bas PO Raya di Indonesia guna kerusi pesawat terpakai

Berita Global

Views

Syarikat perkhidmatan bas PO Raya mempunyai ciri tersendiri menambat pelanggan sejak mula beroperasi kerana menggunakan tempat duduk istimewa yang diambil daripada kerusi kapal terbang terpakai.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

Bukan sahaja di kelas pertama, malah pengalaman duduk di kerusi itu sudah boleh dirasai dari kelas biasa. Lapor Kompas.com, sebanyak 34 tempat duduk bekas pesawat dan dua tempat duduk tambahan disediakan di setiap bas.

Kerusi unik itu disusun dua buah, di bahagian kanan dan dua lagi di kiri serta dilengkapi dengan tempat letak tangan.

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

Uniknya, tempat letak tangan di bangku juga berada di tengah, sama seperti yang ada di dalam kapal terbang. “Selain itu, butang sandaran juga terdapat pada tempat letak tangan serta lubang untuk fon telinga.

“Walaupun lubang fon telinga tidak boleh digunakan kerana tidak disambungkan pada sistem hiburan seperti di dalam kapal terbang, tetapi jelas menunjukkan bangku itu sebenarnya diambil dari pesawat,” jelas wartawan yang menaiki bas berkenaan. – UTUSAN

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply