ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Unit ujian Lotus Envya (Type 133) dikesan lagi, guna kamera ganti cermin sisi

Foto Intip

Views

Ini bukan kali pertama unit ujian sedan elektrik Lotus Envya (Type 133) yang sarat dengan pelitup penyamaran dikesan di China.

Ia telah pun menjalani beberapa siri ujian suhu dingin di utara negara “Tembok Besar” itu dan pernah dilihat melakukan ujian di jalan-jalan dalam bandar.

Foto intipan kali ini telah berjaya merakam kelibat Envya (Type 133) yang menggunakan kamera bagi menggantikan cermin sisi konvensional.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

Menurut info, buat masa ini penggunaan kamera pandang belakang masih lagi diharamkan di China, namun peraturan ini akan dimansuhkan bermula dari 1 Julai 2023.

Lotus telah mula menerima tempahan model SUV, Eletre dengan kamera pandang belakang dan penghantarannya akan bermula pada 1 Julai nanti.

Envya (Type 133) turut mengikut jejak langkah Eletre dengan menggunakan kamera dan ia dikatakan mampu mengurangkan daya seretan (drag). Pelancarannya di China dijangka pada separuh kedua (H2) 2023.

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

Buat masa ini tiada maklumat mengenai spesifikasinya, namun media di China membuat spekulasi yang ia akan menggunakan rangkaian kuasa yang hampir sama dengan Eletre.

Ini bermakna, model aras-mula Envya (Type 133) akan dilengkapi dengan dua motor elektrik yang menjana 612 kuasa kuda dan 710 Nm daya kilas.

Untuk varian tertingginya pula, Envya (Type 133) akan dilengkapi dengan tigaa motor elektrik yang menjana 918 kuasa kuda dan 985 Nm daya kilas.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Weibo

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply