ARKIB

KATEGORI

Tular

Bawa kereta ‘member’ hati-hati, Pekin reda GR Yaris Kansai D1 Edition miliknya ‘total lost’

Tular

Views

Pelakon Pekin Ibrahim reda apabila kereta GR Yaris Kansai D1 Edition miliknya yang baru tiba di Malaysia, ‘total lost‘ dalam kemalangan di Putra Height, baru-baru ini.

Pekin menerusi akaun TikTok menjelaskan bahawa bukan dia yang memandu kereta berkenaan ketika kejadian, sebaliknya ia dipandu rakannya, Amirul.

Jelasnya, tiga orang berada dalam kereta itu ketika kejadian, abang Arif yang duduk di sebelah pemandu dan Faiz duduk di belakang, manakala Amirul yang memandu.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Alhamdulillah semua selamat walaupun alami kecederaan termasuk patah bahu. Doakan mereka semua cepat sembuh.

Walaupun sedih dengan apa yang berlaku, Pekin meminta semua pihak menghentikan segala ‘cakap belakang’ termasuk mengatakan mereka yang terbabit dalam kemalangan itu meninggal dunia dan berlumba.

“Berhenti sebarkan perkara yang bukan-bukan. Benda berlaku sekelip mata, semua qada dan qadar. “Insurans akan cover, Insya-Allah. Kami akan bincang selepas semuanya sihat.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Harap doakan yang baik-baik,” katanya yang turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mengambil berat tentang keadaannya sebaik mendapat tahu mengenai kemalangan itu.

Pada akhir video terbabit, suami kepada aktres Mona Allen ini sempat menitipkan pesanan buat semua yang menonton video berkenaan.

“Buat anda yang berhati-hati di jalan raya. Kalau bawa kereta member (kawan), hati-hati. “Itu sahaja yang boleh cakap,” tuturnya.

Difahamkan kereta terbabit yang dibuat khas untuk Pekin dan turut mendapat sentuhan istimewa oleh pemilik Kansai Service di Jepun dan baru sahaja tiba di Malaysia seminggu yang lalu. – Sinar Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Zaid Musa

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply