ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kenali John Goodenough, pencipta bateri lithium-ion

Info

Views

Salah seorang saintis paling berpengaruh dalam bidang teknologi, John Bannister Goodenough atau John Goodenough meninggal dunia baru-baru ini.

Beliau telah menghembuskan nafas terakhir pada 25 Jun lalu pada usia 100 tahun. Goodenough terkenal sebagai pencipta bateri lithium-ion.

Sejarah bateri litium-ion yang diciptanya berjaya memberi sumbangan besar kepada teknologi dunia. Ciptaan Goodenough itu telah menjadi sebahagian daripada kewujudan telefon bimbit, komputer riba dan kenderaan elektrik yang ada pada hari ini.

Sebelum ini, beberapa penyelidik telah meneroka inovasi bateri litium. Antaranya ialah M. Stanley yang menghasilkan reka bentuk gabungan litium dengan titanium disulfida.

Berdasarkan laporan akhbar The New York Times, Goodenough mencapai kejayaan besarnya pada tahun 1980, semasa berada di Universiti Oxford.

Goodenough mengeluarkan katod dengan salutan litium dan kobalt oksida yang memberikan kekuatan voltan lebih tinggi sambil meningkatkan keselamatan dalam penggunaan.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Bateri ini mempunyai kapasiti yang jauh lebih besar daripada bateri sebelumnya seperti asid plumbum dan nikel-kadmium.

Sebaliknya, Akira Yoshino turut menyumbang dalam menghasilkan reka bentuk praktikal buat Asahi Kasei Corporation.

Sementara itu, syarikat produk elektronik, Sony pula memperkenalkan bateri litium-ion yang boleh dicas semula dan mesra pengguna pada 1991.

Setelah inovasi itu berjaya dibangunkan, prestasi bateri litium-ion membolehkan peranti mudah alih seperti telefon bimbit, tablet dan komputer riba menjadi lebih langsing serta tahan lama. Sementara itu, kereta elektrik boleh digunakan dengan berkesan.

Sebaliknya, semasa berkhidmat di Massachusetts Institute of Technology (MIT), Amerika Syarikat (AS) pada 1950-an dan 1960-an, Goodenough membantu merintis teknologi Random Access Memory (RAM).

Teknologi storan itu adalah sejenis memori yang sering ditemui dalam pelbagai produk pengkomputeran. Bukan itu sahaja, Goodenough yang juga merupakan professor di Universiti Texas, AS terus menjadi penyelidik aktif sehingga 90-an dan kerap berkongsi paten dengan rakan sekerjanya.

Sehingga beberapa tahun lalu, Goodenough membangunkan teknologi bateri generasi akan datang yang menjanjikan prestasi terobosan untuk tenaga boleh diperbaharui dan kereta elektrik.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Kini, industri perlahan-lahan beralih daripada bateri litium-ion. Pengeluar EV merancang untuk menggunakan bateri keadaan pepejal yang memberikan ketumpatan lebih tinggi, pengecasan pantas dan kos rendah.

Bagaimanapun, perkembangan teknologi moden tidak akan mencapai tahap ketika ini tanpa usaha Goodenough. Warisannya mungkin akan dirasai pada tahun-tahun mendatang.

Walaupun tidak diketahui ramai, namun Goodenough telah menerima pelbagai pengiktirafan. Antara anugerah yang diterimanya adalah Hadiah Nobel Dalam Kimia pada 2019 dan Pingat Sains Kebangsaan AS pada 2011.

Bercakap tentang alternatif kepada bateri litium-ion, satu pasukan saintis di Pusat Inovasi Bahan Universiti Maryland telah menemui ‘krustasea’.

Ia seperti ketam dan udang galah yang mengandungi bahan kimia dalam cengkerangnya iaitu kitin. Menurut penyelidik, bahan kimia itu boleh digunakan untuk menghidupkan bateri apabila digabungkan bersama zink.

Bateri cengkerang ketam itu boleh terbiodegradasi dalam tanah selama lima bulan sahaja. Ini membolehkan kesan kandungan zink dikitar semula.

Bukan itu sahaja, kelebihan bateri ‘chitin-zinc‘ terbukti dengan kajian yang dijalankan di Universiti Maryland. Menurut kajian, bateri ini 99.7 peratus lebih cekap untuk 400 jam penggunaan. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply