Menjelang pelancaran rasmi Winsome Runabout Vehicle (WR-V) esok (13 Julai 2023), kelibat treler pengangkut yang membawa model SUV kecil tersebut telah berjaya dirakam siang tadi oleh sahabat kami, Putra Azran.
Menurutnya, treler pengangkut itu ditemui sekitar jam 11.30 pagi tadi, berhampiran Tol Puchong, Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP). Kelihatan beberapa unit WR-V termasuk varian RS sempat dirakam oleh lensa kameranya.
Tempahannya telah pun dibuka sejak 12 Jun lalu dan menurut satu kenyataan dari Honda Malaysia, pihaknya telah menerima 2,500 unit tempahan hingga setakat ini.
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
WR-V bakal ditawarkan dalam empat pilihan varian, bermula dari S, E, V dan RS. Varian mercu iaitu RS menerima 45 peratus tempahan, diikuti oleh V sebanyak 38 peratus, E sebanyak 12 peratus dan selebihnya varian S.
Varian RS menampilkan lambang RS rekaan baharu, jeriji hadapan unik dan rim aloi bersaiz 17-inci kemasan dwitona.
Ia juga didatangkan dengan cermin sisi boleh dilipat secara automatik, lampu hadapan auto LED bersama lampu siang (DRL), lampu kabus depan jenis LED dan lampu signal belok berurutan LED.
Kesemua varian WR-V dijana oleh enjin 1.5L DOHC i-VTEC yang menghasilkan kuasa maksimum 121PS dan 145Nm daya kilas. Ia dipadankan dengan transmisi CVT dengan teknologi ‘G-design shift‘.
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
Dari segi dimensi, WR-V berukuran 4,060mm panjang, 1,780mm lebar dan 1,608mm tinggi, manakala jarak lega tanahnya 207mm, paling tinggi dalam kelasnya.
Dari segi keselamatan, WR-V dilengkapi dengan Honda SENSING yang merangkumi ciri-ciri seperti:
- Notifikasi Pergerakan Kenderaan Di hadapan (LCDN)
- Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
- Sistem Brek Cegah Pelanggaran (CMBS)
- Amaran Rempuhan Hadapan (FCW)
- Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKAS)
- Mitigasi Keluar Laluan (RDM)
- Amaran Keluar Lorong (LDW)
- Pancaran Lampu Tinggi Automatik (AHB)
Bakal ‘seteru terkuat’ kepada Perodua Ativa ini turut dilengkapi dengan Honda LaneWatch dan Honda CONNECT.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Putra Azran
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
KOMEN TERKINI