ARKIB

KATEGORI

Buletin

Beli empat unit tayar Goodyear Assurance ComfortTred dan dapatkan kredit Touch ‘n Go eWallet bernilai RM200

Berita Tempatan

Views

Goodyear Malaysia melancarkan promosi terbaharu dengan menawarkan kredit Touch ‘n Go eWallet bernilai RM200 kepada pelanggan yang membeli empat unit tayar Goodyear Assurance ComfortTred bermula sekarang sehingga 30 Jun 2023.

Pelanggan boleh mendapatkan promosi ini dengan membeli tayar Goodyear Assurance ComfortTred dari mana-mana kedai Goodyear yang mengambil bahagian atau kedai rasmi Goodyear Malaysia di Lazada dan Shopee.

Menurut Pengarah Urusan Goodyear Malaysia, Alex Ng, promosi ini adalah cara pihaknya untuk memberi balik kepada pelanggan, sambil memastikan keselamatan mereka di jalan raya.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Dilancarkan pada November 2022, tayar Goodyear Assurance ComfortTred menggunakan teknologi ANX™ yang memberikan pengalaman memandu yang selesa dan senyap, di samping memastikan tahap keselamatan dan prestasi yang maksimum.

Selain itu, dengan setiap pembelian tayar ini, pelanggan juga boleh mendaftar untuk Waranti Worry Free Assurance (WFA) yang menawarkan 1 tahun jaminan ‘road hazard‘.

Ia merangkumi perlindungan daripada kerosakan tayar berpunca daripada kerosakan atau keadaan jalan raya, dua kali pemeriksaan keselamatan tayar percuma dan jaminan 5 tahun untuk sebarang ketidaksempurnaan tayar.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Pelanggan hanya perlu mengikuti langkah-langkah mudah seperti berikut:

  • Beli tayar Goodyear Assurance ComfortTred dari kedai-kedai Goodyear yang mengambil bahagian atau kedai rasmi Goodyear di Lazada dan Shopee.
  • Daftar tayar yang dibeli untuk Waranti Worry Free Assurance (WFA) menerusi PAUTAN INI.
  • Hantarkan butiran peribadi anda, resit dan tangkapan skrin WFA ke nombor WhatsApp Goodyear 012-998 8410.
  • Anda akan menerima kredit Touch ‘n Go eWallet dalam tempoh 14 hari bekerja selepas penyertaan berjaya.

Untuk maklumat lanjut, layari https://www.goodyear.com.my.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply