ARKIB

KATEGORI

Buletin

Liux Geko, EV mikro dengan badan yang diperbuat daripada tumbuhan

Berita Global

Views

Liux, syarikat pemula dari Sepanyol yang memfokuskan kepada kenderaan elektrik (EV) mampan, memperkenalkan projek terbaharu mereka yang dikenali sebagai Geko.

EV bandar ini adalah lebih kecil dan mampu milik selepas mereka memperkenalkan crossover, Animal pada akhir tahun lalu.

Liux Geko menampilkan perkadaran ‘kekotak-tunggal’ dengan perincian rekaan sporty seperti bampar yang berlekuk, roda berdiameter besar dan lampu hadapan LED nipis.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Apa yang membuatkannya unik adalah penggunaan bahan biokomposit mampan yang digunakan pada kedua-dua struktur ‘monocoque‘ dan panel badan yang diperbuat daripada gentian linen dan resin berasaskan-bio.

Liux sengaja membiarkannya tidak dicat untuk mempamerkan corak tenunan gaya gentian karbon. Proses pengeluarannya turut melibatkan banyak penggunaan teknologi cetakan 3D, yang dikatakan dapat mengurangkan masa pembuatan dan mengurangkan pelepasan CO2.

Berukuran pada 2,700 mm panjang dan 1,500 mm lebar, EV ini adalah 290 mm lebih panjang dan 110 mm lebih lebar berbanding model Citroen Ami, tetapi masih lagi berada dalam kategori kenderaan kecil di jalan raya Eropah.

Geko diklasifikasikan sebagai ‘L7e heavy quadricycle‘ yang bermaksud, motor elektrik yang dipasang pada bahagian belakangnya terhad kepada output kuasa 20 kuasa kuda (15 kW / 20 PS).

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

EV ini hanya seberat 550 kg dan salah satu ciri menariknya adalah pek bateri modular 13 kWj, yang membolehkan jarak jangkaan sejauh 150 km.

Setakat ini, segala imej yang dipaparkan menerusi laman sesawang mereka hanyalah imej janaan komputer dan masih belum ada lagi sebarang prototaip fizikal dihasilkan.

Syarikat itu juga masih belum mengumumkan garis masa untuk pembangunan atau tanda harga model tersebut. Mobiliti mikro seperti ini kian popular sejak akhir-akhir ini dengan beberapa pengeluar kenderaan mula memasuki segmen berkenaan.

Antaranya Stellantis menerusi ‘kembar tiga’ Citroen Ami, Opel Rocks-e dan Fiat Microlino, Renault Group dengan Mobilize Duo, Seat pula sedang mempertimbangkan versi pengeluaran Minimo concept serta beberapa syarikat kecil lain seperti Aixam, Ligier, Tazzari dan Microlino.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply