ARKIB

KATEGORI

Buletin

Berjaya Rail bentuk konsortium bida projek HSR KL-Singapura

Berita Tempatan

Views

Berjaya Land Bhd (BLand) mengumumkan anak syarikat 70 peratus miliknya, Berjaya Rail Sdn Bhd, membentuk konsortium dengan IJM Construction Sdn Bhd, Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) dan Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) untuk membida projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR KL-SG).

Dalam makluman berasingan di Bursa Malaysia, ahli-ahli konsortium itu berkata mereka telah menyerahkan cadangan konsep untuk permintaan maklumat (RFI) HSR pada 15 Januari 2024.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

MRCB berkata, kesemua pihak akan membuat perjanjian muktamad sekiranya konsortium itu berjaya mendapatkan projek berkenaan.

Di Bursa Malaysia hari ini, saham BLand ditutup 45.5 sen, naik 21.33 peratus daripada harga sebelumnya iaitu pada 37.5 sen. BLand ialah saham kelima paling aktif didagangkan di bursa dengan kira-kira 112.06 juta saham bertukar tangan.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Saham MRCB turut naik sebanyak 12.07 peratus atau 7.0 sen kepada 65 sen dengan 267.25 juta saham didagangkan, menjadikannya saham paling aktif hari ini.

Saham IJM Corp, syarikat induk IJM Construction, juga naik lima sen kepada RM2.23 dengan 18.15 juta saham bertukar tangan. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hiasan

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply