ARKIB

KATEGORI

Buletin

SPRM sita kenderaan mewah bekas setiausaha politik, ahli perniagaan

Berita Tempatan

Views

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita beberapa kenderaan mewah milik bekas setiausaha politik bekas menteri dan ahli perniagaan bergelar Datuk Seri.

Sitaan bagi bantu siasatan berhubung kes meminta serta menerima suapan daripada beberapa syarikat yang mendapat tender di sebuah kementerian.

Sumber berkata, kenderaan yang disita Rolls Royce Ghost V12 Ewb, Mercedes-Benz G63 Amg Brabus, Range Rover Autobiography, Porche Cayenne, Toyota Land Cruiser, Mini Cooper Works Rhd, Toyota Alphard, Toyota Vellfire dan Mercedes-Benz S400L.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Kesemua kenderaan mewah kini disimpan di Gudang Sita SPRM. Dipercayai kenderaan kenderaan mewah itu adalah hasil dari sumber rasuah yang diperoleh oleh suspek bersangkutan dengan tender di kementerian terbabit.

Sementara itu, tempoh tahanan reman kedua-dua suspek disambung tiga hari lagi bermula esok hingga 30 Januari ini.

Perintah reman selama tiga hari bermula esok hingga 30 Januari ini terhadap kedua-dua suspek yang berusia sekitar 40-an dikeluarkan Majistret Ain Nurshahira Sahzan selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Sebelum ini, kedua-dua suspek itu direman selama empat hari bermula 24 Januari lalu bagi membantu siasatan terhadap kes berkenaan.

Kata sumber, mereka dipercayai menerima suapan daripada syarikat serta kontraktor yang mendapat tender kerja di sebuah kementerian sekitar 2020 hingga 2021 bernilai jutaan ringgit.

Sepanjang tempoh siasatan, SPRM menyita dan merampas beberapa buah kenderaan mewah yang dimiliki oleh suspek.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM, Datuk Azmi Kamaruzaman ketika dihubungi mengesahkan reman lanjut terhadap dua suspek berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009. – Harian Metro

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply