ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bertumbuk di plaza tol – Kedua-dua tertuduh kena penjara dan denda

Berita Tempatan

Views

Mesti anda ingat lagi insiden pergaduhan di Plaza Tol Bukit Kiara yang kami ceritakan dalam semalam kan? Harian Metro melaporkan, kedua-dua tertuduh telah dijatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM1,000 oleh Majistret Noorasyikin Sahat setelah mengaku bersalah.

Ketika pertuduhan dibacakan, Noorasyikin berkata kepada Mohamad Fazrien Mohd Ziear sepatutnya dia sabar dan menjadi contoh baik kepada orang bukan Islam. Majistret turut menegur isteri tertuduh kerana dia sepatutnya meredakan keadaan, bukan membiarkan suaminya bergaduh.

.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?

Kata Noorasyikin kepada Ng Whye Hoong pula, sebagai seorang yang sudah matang sepatutnya tertuduh boleh berfikir. Tambah beliau, tertuduh patut berasa malu jika anak-anaknya melihat video tular ini apabila dia sudah tua nanti.

Sekiranya kedua-dua tertuduh gagal membayar denda, mereka boleh dikenakan hukuman penjara selama sebulan. Mohamad Fazrien, yang bekerja sendiri dan Pengurus Teknologi Maklumat, Ng didakwa bersama-sama melakukan gaduh gempar di tempat awam iaitu di Plaza Tol Bukit Kiara, dekat Kuala Lumpur, 4.30 petang, 17 September lalu.

JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

Bagi perbuatan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum enam bulan atau dengan denda maksimum RM1,000, atau kedua-duanya sekali. Selasa lalu, tular di media sosial memaparkan dua lelaki bertumbuk di Plaza Tol Bukit Kiara sehingga mengalami kecederaan.

Dalam kejadian itu, seorang lelaki yang memandu van dalam perjalanan dari Wangsa Maju ke Petaling Jaya, Selangor. Setibanya di Kerinchi Link, sebuah kereta yang dipandu seorang lagi lelaki memotong van terbabit sebelum menekan brek di hadapan kenderaan itu.

Rakaman itu dipercayai dibuat oleh isteri kepada seorang daripada pemandu berkenaan. Difahamkan Mohamad Fazrien ada membuat kutipan wang melalui laman Facebook miliknya bagi membayar denda. Semoga kisah ini dijadikan pengajaran. Pemandu Malaysia pemandu yang berhemah.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD
JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply