ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bergaduh di plaza tol – Polis siasat kes di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan

Berita Tempatan

Views

Semalam tular satu video kejadian pergaduhan di Plaza Tol Bukit Kiara. Sinar Harian melaporkan, pihak polis telah menerima laporan berkaitan kes berkenaan yang melibatkan dua individu. Pemangku Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Arifai Tarawe berkata, hasil siasatan awal mendapati kejadian membabitkan seorang pemandu van jenis Hiace dan seorang lagi pemandu kereta jenis Mazda CX5.

.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?

Katanya, ketika kejadian pemandu van memandu dari arah Wangsa Maju menuju ke One Utama, sebelum kenderaannya dipotong oleh pemandu Mazda CX5. Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, pemandu kereta jenis Mazda CX5 dipercayai telah menekan brek di hadapan van tersebut.

Mereka berhenti di Plaza Tol Bukit Kiara dan kemudiannya berlaku pertengkaran dan pergaduhan. Kedua-dua individu terbabit kemudiannya membuat laporan polis pada hari semalam dan hari ini. Mereka turut mengalami kecederaan di kepala, tangan dan kaki.

JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

Tambah Arifai, kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan. Rakaman video insiden berkenaan tular di media sosial sejak semalam dan menerima pelbagai reaksi serta komen daripada warganet. Dalam pada itu, Arifai menasihatkan pengguna jalan raya supaya sentiasa bertimbang rasa bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kejadian tersebut agar menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan, Asisten Superintendan Ahmad Osman di talian 011-3650 8678 atau Bilik Gerakan IPD Brickfields 03-2297 9222.

Video kredit Facebook Bagan Serai Kampung HalamanKu

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD
JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply