ARKIB

KATEGORI

Tular

Betul ke ini foto rasmi Proton S50 (SS11)? Anda yakin?

Tular

Views

Satu hantaran yang dikongsikan menerusi akaun Facebook MotaAuto sejak malam tadi memaparkan dua imej yang dikatakan foto rasmi model sedan terbaharu Proton, iaitu S50 (SS11).

Seperti yang kita sedia maklum, baru-baru ini Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton, Dr Li Chunrong mengesahkan yang pengeluar kereta nasional itu merancang untuk memperkenalkan model baharunya dalam masa terdekat.

Setakat ini ,hanya kelibat unit ujian model sedan S50 (SS11) yang ‘acap kali’ dikesan di jalan raya Malaysia. Menurut MotaAuto, model tersebut dijangka ‘tiba lebih awal’ dari perancangan asal.

Kata mereka lagi, unit Perhubungan Awam Proton kini dikatakan sedang mempersiapkan kerja-kerja penggambaran imej rasmi tersebut di negara Sepanyol, sepertimana foto-foto yang tertiris.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Namun, penulis agak ‘ragu-ragu’ dengan kesahihannya. Meskipun ia dilihat seperti hasil karya profesional, mata ‘Byakugan’ penulis berjaya mengesan beberapa petunjuk.

Berbekalkan pengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang rekaan grafik, perkara pertama yang ‘kantoi’ dari siasatan forensik penulis adalah rekaan jerijinya.

Jelas sekali, jeriji model X90 telah dipadankan imej rasmi S50 (SS11) ini. Jika dibandingkan dengan beberapa foto intip sebelum ini, jelas reka corak ‘Infinite Weave‘nya agak berlainan dengan model SUV tiga baris-tempat duduk itu.

Kedua, pada bahagian penjuru kanan bawah cermin tersebut, kelihatan seperti logo saluran YouTube rasmi Theottle. Penulis telah cuba bertanya kepadanya sama ada ini merupakan karyanya, namun dia hanya menjawab, “mungkin ya, mungkin juga tidak”.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Imej bahagian belakangnya juga ada ‘sedikit keraguan’, terutama sekali dari ‘sudut bayang kereta’ dan juga  kelihatan ada sedikit ‘ketidakseimbangan’ pada bahagian diffuser bamparnya.

Andaian ketiga penulis, selain hasil karya pakar manipulasi foto, ia mungkin juga hasil dari imej janaan Kecerdasan Buatan (AI) yang menjadi ‘trend‘ masa kini.

Tetapi, untuk menjana imej seperti ini, ia masih memerlukan sentuhan pakar manipulasi foto terlebih dahulu untuk mengubah imej model asal, sebelum menaip ‘prompt‘ untuk menjana imej latar belakang.

Baru-baru ini ejen perisik Mat Bond memaklumkan, fasa pengeluaran S50 (SS11) dijangka bermula pada bulan November, manakala pelancarannya mungkin dibuat pada akhir bulan Disember atau awal bulan Januari 2024.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit MotaAuto

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply