ARKIB

KATEGORI

Buletin

Volkswagen Tiguan Allspace kini dengan IQ.DRIVE, harga dari RM165,990

Berita Tempatan

Views

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) mengumumkan bahawa kesemua varian Tiguan Allspace kini didatangkan dengan pelbagai ciri IQ.DRIVE.

Ia ditawarkan dalam tiga varian iaitu R-Line 4MOTION, Elegance dan Life. IQ.DRIVE merangkumi pelbagai ciri seperti berikut:

  • Bantuan Hadapan
  • Kawalan Jelajah Adaptif
  • Bantuan Sisi
  • Amaran Lintasan Trafik Belakang
  • Bantuan Lorong

Selain itu, ciri pengecas nirwayar juga ditawarkan sebagai ciri standard untuk semua varian. Ruang dalamannya dilengkapi dengan ciri ketersambungan seperti Digital Cockpit dan sistem infohibur 9.2-inci Discover Pro bersama App-Connect nirwayar.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Ciri-ciri standard lain ialah sistem pendingin hawa tiga zon (Air Care Climatronic), pintu belakang elektrik, kamera undur pelbagai-pandangan, USB-C, soket pengecas, ketersambungan aplikasi nirwayar (Apple CarPlay, Android Auto) dan arahan suara.

Kesemua tiga varian didatangkan dalam lima warna luaran menarik, antaranya kelabu (Platinum Grey), perak (Pyrite Silver), putih (Oryx White), biru (Atlantic Blue) dan hitam (Deep Black).

Varian mercunya, iaitu Tiguan Allspace R-Line merupakan sebuah SUV berprestasi tinggi yang tampil dengan rim aloi Sebring bersaiz 19-inci.

Ia dikuasakan oleh enjin 2.0TSI turbo yang menjana 220PS dan 350 Nm daya kilas yang dipadankan dengan transmisi DSG 7-kelajuan.

SUV mercu itu turut dipasang dengan sistem bunyi digital Harman Kardon 480W, terdiri daripada satu amplifier 16 saluran dan bunyi keliling bersama reka bentuk elegan bersama 10 unit pembesar suara berprestasi tinggi.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Tiguan Allspace Elegance dan Allspace Life pula dilengkapi enjin 1.4TSI turbo yang mampu menjana kuasa 150PS dan 250 Nm daya kilas yang dipadankan bersama kotak gear DSG 6-kelajuan.

Kombinasi itu menjanjikan pengalaman pemanduan mengujakan dan penjimatan bahan api sekitar 7.7L/100km.

Ketiga-tiga varian itu kini ditawarkan dengan Pakej Jaminan Volkswagen (VAP) bernilai dari RM8,000 hingga RM10,000 yang menawarkan pelanggan jaminan lanjutan tanpa had perbatuan dan penyelenggaraan selama 3 tahun, bergantung kepada model terpilih.

Pelanggan yang tidak mahu membeli pakej jaminan itu akan menerima jaminan tanpa had perbatuan selama 2 tahun dan bantuan pinggir jalan untuk 5 tahun.

Harga runcit cadangan (RRP) untuk Tiguan Allspace baharu dengan IQ.Drive, tidak termasuk VAP di Semenanjung Malaysia adalah seperti berikut (harga atas jalan, tanpa insurans):

  • Tiguan Allspace Life 1.4TSI: RM 166,590
  • Tiguan Allspace Elegance 1.4TSI: RM 195,590
  • Tiguan Allspace R-Line 2.0TSI 4Motion: RM 247,073.60

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply