Sebut sahaja nama Chin Jit Pyng (lebih dikenali sebagai JP Chin) pasti ramai yang tahu beliau merupakan salah seorang pemilik koleksi kereta mewah terbesar Malaysia. Antara koleksi yang dimilikinya termasuklah tiga buah model hypercar ‘rare‘ Bugatti, selain kenderaan vintaj yang diinspirasikan dari filem dan televisyen.
Menurut Carscoops.com, minat mendalam beliau dalam automobil bermula dengan bapanya, yang ‘tidak mampu membeli kereta baharu’ dan hanya memiliki model ‘terpakai’ sahaja.
Beliau berjaya mengecapi kejayaan dalam perniagaan sejak menubuhkan Silverlake Innovation Partners pada 1996, yang merupakan syarikat Teknologi Maklumat (IT) untuk bank-bank utama di seluruh Malaysia.
Kini, beliau memiliki koleksi antara 60 dan 100 buah kenderaan dan pada bila-bila masa sahaja boleh membeli serta menjual kereta tersebut, jika minatnya berubah.
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
Chin kini merupakan ‘pemburu hypercar‘, terutama dari jenama Bugatti. Model Bugatti pertama dibelinya adalah Chiron, berharga $2.6 juta (RM10.972 juta) yang ditempah pada 2016 selepas memandu uji jentera tersebut bersama dengan anaknya.
Kemudian beliau membeli Bugatti Divo, yang hanya ada 40 unit sahaja di muka bumi dan bernilai $5.7 juta (RM24.052 juta). Model ini dikatakan satu-satunya di Asia Tenggara dan koleksi paling bernilainya setakat ini, sebelum Bugatti Bolide mengambil alih kedudukan tersebut pada 2024.
Buat masa ini, Divo itu dipamerkan di bilik pameran Bugatti di Singapura, namun beliau merancang untuk membawanya ke Malaysia tidak lama lagi setelah kereta pemanduan-kiri boleh didaftarkan secara sah.
Meskipun memiliki koleksi hypercar bernilai jutaan ringgit, beliau ‘lebih gemar berulang-alik ke pejabat’ dengan Proton X50 atau X70 bagi mengelakkan perhatian.
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
Sebanyak 30 hingga 40 kenderaan beliau kini dipamerkan di muzium peribadinya, JPM Museo yang terletak di Kuala Lumpur. 10 hingga 15 kenderaan di muzium tersebut adalah diinspirasikan dari francais filem dan televisyen, termasuklah James Bond, The Godfather, dan Magnum P.I.
Apabila penerbit “Crazy Rich Asians” merancang untuk membuat penggambaran di Singapura dan Malaysia, mereka telah menghubunginya untuk melihat sama ada beliau akan menyewakan beberapa keretanya.
Beliau akhirnya bersetuju dan mewajibkan Ferrari F430 dan Ford GT 40 miliknya diperlihatkan dalam babak di hangar lapangan terbang.
Selain itu, beliau juga lebih ‘suka membiarkan kenderaannya dalam keadaan asal’ dan dalam keadaan bersih. Menurut beliau, ia adalah satu pelaburan yang hanya akan meningkat nilainya.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Instagram jpm_museo
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
KOMEN TERKINI