ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bidaan nombor pendaftaran kenderaan dibuka atas talian mulai 15 April

Berita Tempatan

Views

Bernama melaporkan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bakal melaksanakan sistem bidaan nombor pendaftaran kenderaan dalam talian (e-bidding) bermula 15 April ini. Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata sistem e-bidaan itu membolehkan pemilik kenderaan membida nombor plat pilihan tanpa perlu ke pejabat JPJ.

Ia bertepatan dengan tema Hari Ulang Tahun Penubuhan JPJ ke 73 – ‘Digitalisasi Ke Arah Integriti’. Katanya, e-bidaan akan bermula dengan siri nombor plat FC. Ini bermakna, nombor itu akan ditender secara atas talian (online). Sistem ini juga tidak tertakluk kepada kawasan sekitar negeri berkenaan, sebagai contoh di Putrajaya sahaja dan ia akan bergerak, dibida oleh rakyat Malaysia di mana-mana.

JOM BACA >> MESTI BACA : Kereta Terbang – Mitos atau realiti?

Beliau berkata demikian selepas muncul dalam program Nine 11 terbitan Bernama News Channel (saluran Astro 502) di Kuala Lumpur semalam. Tahun lalu, keputusan tender bagi siri nombor plat FB menunjukkan harga paling mahal ialah RM660,000 bagi siri FB 1, yang mirip kepada singkatan Biro Penyiasatan Persekutuan Amerika (FBI).

Pada 2016, Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar telah memenangi bidaan ke atas nombor plat F1 dengan nilai RM836,660 selain berjaya membida plat W1N pada 2014 dan WWW1 pada 2012 masing-masing bernilai RM748,000 dan RM520,000.

JOM BACA >> Terengganu batal pembelian bas dua alam – RM2.7 juta telah dibayar

JPJ memperoleh RM280 juta melalui bidaan pendaftaran nombor plat kenderaan pada tahun 2017 manakala RM137 juta diperoleh menerusi belian biasa. Datuk Seri Shaharuddin berkata e-bidaan memudahkan pengguna mendapatkan nombor pendaftaran kenderaan tanpa perlu menghantar borang seperti sebelum ini.

JPJ akan memperkenalkan satu lagi projek iaitu sistem pemanduan kenderaan secara elektronik yang menguji kenderaan di dalam bilik kawalan menggunakan pemanduan secara digital. Sementara itu, beliau berkata Sambutan Hari Ulang Tahun Penubuhan JPJ ke-73 akan diadakan di Ibu Pejabat JPJ di Putrajaya pada 15 April.

JOM BACA >> INTIP : Proton Saga facelift sedang diuji
JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Kaliper brek kena ‘rembat’ – Lelaki Perancis ini terkandas di Pulau Pinang
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply