ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bilik pameran Seong Hoe Premium Motors berwajah baharu kini dibuka

Berita Tempatan

Views

Seong Hoe Premium Motors, pengedar BMW bertauliah paling lama di Melaka sejak 1979, baru-baru ini merasmikan bilik pameran mereka yang diperbaharui.

Bilik pameran tersebut kini boleh mempamerkan pelbagai kenderaan daripada jenama BMW, seperti BMW M, BMW i dan banyak lagi, termasuklah model-model daripada jenama MINI.

Menurut Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Hans de Visser, pihaknya amat berbesar hati kerana Seong Hoe Premium Motors terus membekalkan standard perkhidmatan bertaraf dunia buat para pelanggan mereka di Melaka.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Bagi Pengurus Besar Seong Hoe Premium Motors, Loy Suan Chiow, setakat ini pihaknya berjaya menyerahkan lebih daripada 400 unit kenderaan setiap tahun, yang didatangkan bersama standard khidmat pelanggan yang tertinggi.

Tambah beliau, berbekalkan kejayaan ini juga, Seong Hoe Premium Motors menjangka ia berpotensi untuk menyerahkan lebih 1,000 unit kenderaan BMW dan MINI dalam tempoh tiga tahun yang akan datang.

Pusat pengedaran serba baharu ini dibina di atas ruang seluas 7,100 kaki persegi, mampu mempamerkan sepuluh kenderaan BMW dan tiga kenderaan MINI pada masa yang sama.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Ruang ini juga didatangkan dengan bilik pameran MINI yang eksklusif di aras mezanin. Pelanggan yang ingin melihat kenderaan BMW Premium Selection yang disediakan, mereka boleh mengunjungi fasiliti baharu yang terletak berhampiran pusat pengedaran ini.

Beroperasi bersama 50 orang kakitangan, fasiliti ini akan membekalkan pelbagai perkhidmatan yang meliputi Servis BMW, Gaya Hidup BMW, Alat Ganti Tulen dan Aksesori, Perkhidmatan Kewangan dan Insurans BMW, Servis Segera, Perkhidmatan Ambil dan Hantar, serta Bantuan Tepi Jalan.

Penawaran Servis, Gaya Hidup dan Aksesori bagi jenama MINI turut disediakan. Pusat pengedaran ini juga menampilkan Balai Singgah Penyerahan Kereta, Isetta Bar, ruang RATC (resepsi di kereta) dan sebuah stesen pengecasan AC/DC BMW, selain akses internet percuma.

Waktu operasinya bermula dari jam 8:30 pagi hingga 5:30 petang setiap hari dari Isnin hingga Sabtu dan dari jam 10 pagi hingga 3 petang pada hari Ahad serta cuti umum. Ia beralamat di Lot 2020, Jalan Semabok, Taman Sinn Semabok, 75050 Melaka.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply