ARKIB

KATEGORI

Buletin

“Lebih selesa guna Toyota Camry” – Anwar Ibrahim

Berita Tempatan

Views

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menjelaskan tempahan kereta jenis Mercedes S600, yang dibeli dan diperoleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebelum ini, sempat dibatalkan.

Menurut Berita Harian, Anwar, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, pihaknya sudah membuat semakan terperinci dan mendapati tempahan kereta mewah itu boleh dibatalkan.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Presiden PKR itu lebih selesa dengan hanya menggunakan kereta jenis Toyota Camry bagi semua urusannya. “Kereta Mercedes tak sampai…saya pakai kereta ini (Toyota Camry) okay kan? Mana-mana kereta yang ada.

“Sebenarnya, ia (Mercedes) dipesan oleh Perdana Menteri yang lalu tapi saya semak, tengok boleh tak batal. Sempat batal,” katanya kepada pemberita sebelum beliau meninggalkan ibu pejabat PKR, di Petaling Jaya, semalam.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Terdahulu, Anwar mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden PH, yang turut dihadiri pemimpin utama pakatan itu, antaranya Presiden AMANAH, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.

Semalam, Anwar melalui catatan di media sosialnya, mengakui menolak daripada menggunakan kereta jenis Mercedes S600, yang dibeli dan diperoleh JPM sebelum beliau memasuki pejabat.

Perdana Menteri dilaporkan berkata, langkah itu diambil kerana beliau tidak mahu sebarang perbelanjaan baharu dibuat ke atasnya.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply