ARKIB

KATEGORI

Info

Latihan simulasi kecemasan, PLUS tutup sementara laluan Ipoh Utara-Ipoh Selatan esok

Info

Views

Pengendali Lebuhraya Utara-Selatan, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menasihati para pengguna lebuh raya yang menggunakan laluan Ipoh Utara-Ipoh Selatan (Arah Selatan) di Lebuhraya Utara-Selatan supaya merancang perjalanan mereka pada 30 November (Rabu) 2022.

Ini susulan penutupan sementara laluan tersebut untuk latihan simulasi kecemasan mulai jam 10:00 pagi hingga 2:30 petang.

Sepanjang tempoh tersebut, pengguna daripada utara/Kuala Kangsar yang menghala ke selatan/Kuala Lumpur akan dilencongkan ke Plaza Tol Ipoh Utara.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Mereka turut dinasihatkan untuk menggunakan Jalan Persekutuan (FT240) iaitu Jalan Susur Jelapang-Ampang.

Pengguna boleh meneruskan perjalanan ke Selatan dengan memasuki semula Lebuhraya Utara-Selatan menerusi Plaza Tol Ipoh Selatan.

Latihan simulasi tersebut diadakan bagi menguji tahap kecekapan, masa tindak balas dan tindakan yang diambil oleh PLUS, pasukan penyelamat serta agensi yang terlibat dalam menghadapi situasi kecemasan, mengkaji dan memeriksa aliran proses prosedur keselamatan di lebuh raya.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Menurut Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi, latihan seumpama ini dijalankan dari masa ke masa untuk mengukur tahap persediaan kakitangan PLUS dan agensi yang berkaitan demi memastikan keselamatan pengguna lebuh raya.

Latihan kali ini akan melibatkan beberapa agensi, antaranya Lembaga Lebuhraya Malaysia, Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Alam Sekitar, Angkatan Pertahanan Awam, MERS 999, Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Kesihatan Malaysia, MIROS, Edgenta Infrastructure Services (EIS) dan sebagainya.

Pengguna lebuh raya dinasihatkan supaya mematuhi semua papan tanda trafik serta arahan yang dikeluarkan oleh petugas PLUS ketika latihan diadakan.

Pengguna lebuh raya boleh menghubungi PLUSLine di 1800-88-0000 untuk mendapatkan maklumat trafik atau sekiranya ingin mendapatkan bantuan apabila berlaku kecemasan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply