ARKIB

KATEGORI

Buletin

Blueshark meterai MoC dengan beberapa pemain industri, skuter elektrik Blueshark R1 bakal ditawarkan secara pajakan komersial

Berita Tempatan

Views

Sempena Persidangan dan Pameran Teknologi Hijau & Produk Eko Antarabangsa Malaysia (IGEM) 2022 hari ini, Blueshark telah memeterai memorandum kerjasama (MoC) dengan EP Manufacturing Berhad (EPMB)Blueshark Ecosystem Sdn Bhd dan Malaysian Green Technology & Climate Change Corporation (MGTC).

Kehadiran Blueshark di Malaysia adalah sebagai pemangkin perniagaan dari sudut logistik dengan memperkasakan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sambil memudahkan kegiatan ekonomi sambilan, sekali gus membekalkan pelbagai peluang kerjaya buat komuniti B40.

Blueshark juga komited untuk menambah baik dan meluaskan infrastruktur bagi kenderaan elektrik beroda dua (2WEV) dengan ekosistem berdaya maju yang pertama seumpamanya dirumus untuk mendukung pertumbuhannya dalam skala nasional.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Menurut Naib Pengerusi Eksekutif (Bukan Bebas) EP Manufacturing Bhd (EPMB) Zulkefly bin Baharuddin, pihaknya percaya Blueshark merupakan jenama paling diyakini yang memiliki teknologi, infrastruktur dan ketersediaan untuk menembusi pasaran pada saat ini.

Ujar Ketua Pegawai Eksekutif (ASEAN) EP Blueshark Sdn Bhd Jeff Chong Chan pula, pihaknya dapat menjadikan produk mereka lebih mudah untuk diakses oleh semua, terutamanya golongan B40 menerusi peluang pekerjaan hijau, program keusahawanan hijau dan banyak lagi.

Sebuah program perintis yang akan dijalankan dalam fasa pertama dengan rakan penghantaran dan infrastruktur masing masing akan mendemonstrasikan kebolehlaksanaan platform berelektrik ‘first-to-last mile’ serta ekosistem yang sedia menemui pasaran di kawasan Lembah Klang.

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian

Skuter elektrik pintar Blueshark R1, dilengkapi dengan sistem operasi ArkRide OS berasaskan Android yang boleh disuai bersama pelbagai ciri bantuan penunggang.

Skuter ini turut dilengkapi dengan telemetri kenderaan serba komprehensif yang disambungkan kepada Internet Kenderaan (IoV) Blueshark sendiri.

Ia turut menampilkan teknologi penukaran bateri litium besi fosfat (LFP) yang membekalkan jarak operasi sejauh 110km sebagai alternatif kepada stesen pengecasan.

Hadir dengan model pajakan komersial dengan CAPEX dan OPEX yang lebih rendah, bermatlamat untuk memperkasakan PKS dan memudahkan kegiatan ekonomi sambilan untuk mengangkat komuniti B40.

Selain itu, Pusat 3S pertama milik Blueshark yang bakal dibuka tidak lama lagi di Glenmarie bagi membekalkan sokongan ekosistem buat para penunggang sepanjang tempoh program perintis berkenaan dan selanjutnya.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply