ARKIB

KATEGORI

Buletin

LFC World bakal tiba di Kuala Lumpur April ini

Berita Tempatan

Views

Kuala Lumpur bakal menjadi destinasi persinggahan seterusnya bagi LFC World yang dibawakan khas oleh Standard Chartered. Acara ini bakal dilangsungkan di pusat beli-belah One Utama, Centre Court selama dua hari dari 20 – 21 April 2019.

Para peminat LFC di Malaysia berpeluang menikmati pelbagai aktiviti menarik selain berpeluang untuk bertemu dengan wira-wira LFC seperti Jason McAteer, Sami Hyypia dan Steve McManaman. Malaysia merupakan salah satu daripada sembilan lokasi jelajah LFC World di seluruh dunia.

Melalui hab ini, Reds di Kuala Lumpur akan dapat menikmati suasana Anfield yang hampir sama melalui pengalaman LFC World. Suasana tersebut akan merangkumi lokasi-lokasi ikonik seperti Shankly Gates juga. Tanda “This Is Anfield” dan bilik persalinan khas versi LFC World juga memberi peluang kepada para peminat untuk mengambil gambar bersama jersi permain LFC kegemaran mereka seperti Mohamed Salah, Sadio Mane, Virgil Van Dijk dan Roberto Firmino.

JOM BACA >> Proton Persona facelift tampil lebih bergaya – Tempahan atas talian dibuka mulai esok

Selain itu banyak lagi aktiviti menarik serta hadiah-hadiah istimewa dan sesi pemberian hadiah percuma juga akan berlangsung semasa acara tersebut yang ditaja oleh Standard Chartered bersama rakan kongsi lain termasuk Western Union, Joie Baby, Malaysia Airlines, Carlsberg dan Nord VPN.

Reds juga dapat menikmati suasana yang hampir sama Anfield melalui salah satu sesi Viewing Party secara percuma yang melibatkan perlawananan antara LFC dengan Cardiff City pada Ahad, 21 April 2019. Aktiviti di atas pentas bersama legenda LFC juga akan berlangsung bersempena sesi tersebut pada 11 malam.

Peminat juga dapat menyertai pelbagai pertandingan dan berpeluang merebut pelbagai hadiah menarik sebelum LFC World berlangsung termasuklah peluang untuk bertemu dengan legenda-legenda LFC dan memenangi hadiah utama iaitu pakej pelancongan ke Anfield yang ditaja oleh Standard Chartered. Untuk maklumat lanjut layari https://www.liverpoolfc.com/lfcworld/Kualalumpur.

JOM BACA >> INTIP : Dua unit ujian Proton X50 berjaya dikesan

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply