ARKIB

KATEGORI

Buletin

BMW Group Malaysia perkenal perkhidmatan Pintu ke Pintu

Berita Tempatan

Views

BMW Group Malaysia dengan kerjasama Allianz Worldwide Partners memperkenalkan solusi khidmat pelanggan tanpa sentuh yang baharu dengan perkhidmatan Pintu ke Pintu. Menurut Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Harald Hoelzl, perkhidmatan ini bukan sahaja meminimumkan sentuhan fizikal ketika normal baharu ini, malah turut menawarkan kemudahan dengan mengintegrasikan perkhidmatan premium mereka ke dalam rutin harian para pelanggan.

JOM BACA >> Satu-satunya ‘Proton Putra WRC’ di planet bumi jadi warisan kekal Proton Motorsports

Pelanggan BMW dan MINI di seluruh negara kini boleh meminta dan menerima servis kenderaan daripada wakil pengedar pilihan masing-masing tanpa meninggalkan rumah mereka. Pembekal servis BMW akan ditugaskan untuk mengambil kenderaan milik pelanggan dari rumah mereka untuk diservis. Setelah selesai, ia akan dikembalikan semula kepada pelanggan di lokasi mereka inginkan.

JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?

Di samping itu, perkhidmatan Pintu ke Pintu ini memberi peluang kepada pelanggan untuk menjadualkan penghantaran kenderaan BMW atau MINI baharu mereka terus dari pusat pengedar yang dipilih. Kenderaan baharu tersebut akan dihantar melalui trak ‘flatbed’ – bergantung kepada lokasi dan kemahuan pelanggan.

Liputan jaringan Allianz Worldwide Partners yang luas di seluruh Malaysia, termasuk waktu pelaksanaan yang singkat, dan penguatkuasaan langkah keselamatan COVID-19 yang ketat bakal memberikan ketenangan buat para pelanggan. Untuk maklumat lanjut, layari https://bit.ly/bmw-door-to-door-delivery-service atau hubungi pusat pengedar pilihan masing-masing.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton tak jadi lelong 7 model kereta ini di Pickles Auctions!
JOM BACA >> Beberapa lagi ‘harta karun lama’ Proton dan Lotus bakal dilelong Pickles Auctions pada 23 Julai nanti!
JOM BACA >> RISIK : Perodua D55L mungkin dilancar awal tahun depan, bakal ada 3 varian
JOM BACA >> 36 tahun menabur jasa – ‘Pemandu terhebat’ di Proton, Tengku Azizan bersara

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply