ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua Myvi, Axia dan Bezza tiga model terlaris di Malaysia setakat tahun ini

Berita Tempatan

Views

Perodua berjaya mendaftarkan sebanyak 23,203 kenderaan pada Julai 2020, mengatasi Jun sebagai bulan jualan tertinggi setakat tahun ini sebanyak 9.2 peratus, dan sekali gus meningkatkan jumlah jualannya setakat tahun ini (YTD) kepada 97,373 unit.

Mereka menganggarkan penguasaan pasaran Julai dan YTD sebanyak 40 peratus dan 42 peratus masing-masing, diterajui Myvi, Axia dan Bezza, yang menduduki tiga tempat teratas dari segi jualan YTD di Malaysia dengan masing-masing dijual sebanyak 29,313, 28,107 dan 25,416 unit .

JOM BACA >> Satu-satunya ‘Proton Putra WRC’ di planet bumi jadi warisan kekal Proton Motorsports

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, Myvi, kenderaan terlaris di Malaysia setiap tahun sejak 2006 yang telah dinaiktaraf dengan sistem Bantuan Pemanduan Selamat (ASA) 2.0 baru-baru ini kekal menjadi antara kenderaan dengan ciri keselamatan canggih paling mampu milik.

Tambahnya, sejak kembali beroperasi selepas penutupan selama dua bulan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jualan syarikat telah meningkat dengan cepat, didorong pengecualian cukai jualan oleh pihak kerajaan sehingga akhir tahun.

Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) menganggarkan bahawa jumlah keseluruhan industri (TIV) sekurang-kurangnya 500,000 unit diperlukan tahun ini bagi memastikan kelangsungan eko-sistem automotif. Kata Datuk Zainal, di sebalik krisis COVID-19, mereka harus bekerja pada kapasiti penuh untuk membantu ekonomi Malaysia dan melindungi pekerjaan.

JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?

Katanya lagi, sebagai peneraju pasaran, keutamaan Perodua adalah untuk terus menawarkan produk dan perkhidmatan terbaik untuk memaksimumkan kepuasan pelanggan. Kami komited untuk terus menawarkan nilai yang lebih baik kepada semua rakyat Malaysia dari segi harga yang berpatutan, kualiti, teknologi dan ciri-ciri canggih yang terkini.

Semua model semasa Perodua mempunyai kandungan komponen tempatan lebih 90 peratus dan disebabkan skala ekonominya, alat ganti servis ditawarkan pada harga yang berpatutan dan mudah didapati, memberikan para pelanggannya ketenangan minda yang menyeluruh.

Datuk Zainal menambah bahawa Perodua mengamalkan konsep Simple, Slim and Compact dalam semua operasinya, merangkumi interaksi dengan semua pihak berkepentingan, di samping sentiasa mengutamakan insan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton tak jadi lelong 7 model kereta ini di Pickles Auctions!
JOM BACA >> Beberapa lagi ‘harta karun lama’ Proton dan Lotus bakal dilelong Pickles Auctions pada 23 Julai nanti!
JOM BACA >> RISIK : Perodua D55L mungkin dilancar awal tahun depan, bakal ada 3 varian
JOM BACA >> 36 tahun menabur jasa – ‘Pemandu terhebat’ di Proton, Tengku Azizan bersara

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply