ARKIB

KATEGORI

Buletin

BMW i4 M50 buat penampilan di Malaysia Autoshow 2023

Berita Tempatan

Views

Bersempena dengan Malaysia Autoshow 2023 yang berlangsung di Taman Ekspo Agro Malaysia Serdang (MAEPS), BMW Malaysia turut mempamerkan model BMW i4 M50.

Menurut Ketua Komunikasi Korporat dan Kelestarian BMW Group Malaysia, Sashi Ambi, pihaknya berasa amat teruja untuk mempersembahkan BMW i4 M50 buat para pelanggan dan peminat BMW M di Malaysia.

BMW i4 M50 merupakan kenderaan elektrik M yang pertama di dunia dan didatangkan dengan Emblem 50 Tahun BMW M secara standard.

Penampilan sporty jentera ini diserlahkan melalui kelengkapan standardnya seperti pakej M Aerodynamics, spoiler belakang M serta sisipan peresap belakang berwarna hitam.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Di ruangan kabin, BMW i4 M50 dihiasi dengan trim M kemasan serat karbon, material bumbung Antrasit M, tempat duduk M Sport di hadapan, tali pinggang keledar M, panel instrumen Sensatec, serta bumbung kaca elektrik.

BMW i4 M50 dipacu oleh dwimotor BMW M eDrive pada gandar hadapan dan belakang yang menghasilkan output 544 kuasa kuda dengan daya kilas maksima 795 Nm dalam mod Sport Boost.

Pecutan dari 0-100 km/j hanya memerlukan masa 3.9 saat sahaja, manakala kelajuan tertingginya pula mencecah 225 km/j.

Dengan penggunaan tenaga sebanyak 24 – 19 kWj/100 km, kenderaan ini merekodkan jarak tempuh
elektrik sejauh 510 kilometer (berdasarkan kitaran WLTP).

Ia boleh dicas penuh dalam tempoh 8 jam 15 minit dengan pengecas AC 11 kW, atau dari 10 hingga 80 peratus dalam tempoh 31 minit dengan pengecas DC 200 kW.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Dari segi keselamatan, ia dilengkapi dengan Perlindungan Akustik untuk Pejalan Kaki, Perlindungan Aktif untuk Pejalan Kaki, Bantuan Memandu Profesional, Bantuan Parkir Tambahan serta Perlindungan Aktif.

BMW i4 M50 didatangkan dengan pilihan warna seperti Mineral White, Black Sapphire, M Brooklyn Grey, M Portimao Blue, dan Sanremo Green.

Upholsteri dalaman turut disediakan dalam Kulit Vernasca berwarna hitam dengan sulaman berkontras biru dan Kulit Vernasca dalam warna ‘cognac‘.

Para pemilik jentera BMW i4 M50 yang sulung juga dapat menikmati Pengalaman Pemilikan Premium
dari BMW Group Malaysia, yang merangkumi:

  • Waranti Tanpa Had Perbatuan selama 5 Tahun oleh BMW berserta Program Servis Berjadual
    Percuma
  • Waranti Bateri BMW 8 Tahun / 160,000 km (yang mana terdahulu)
  • Bantuan Tepi Jalan dan Hotline Kemalangan oleh BMW
  • Aplikasi Mudah Alih ‘BMW Group Loyalty+’ – BMW Privileges Card
  • Servis Dalam Talian BMW

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply