ARKIB

KATEGORI

Buletin

BMW Malaysia lancar BMW Elite M Card

Berita Tempatan

Views

BMW Malaysia semalam telah memperkenalkan BMW Elite M Card khusus buat pemilik kenderaan BMW M Performance. Program keistimewaan ini menawarkan pelbagai manfaat M-specific yang eksklusif untuk menyinambungkan tawaran BMW Privileges Elite Card yang sebelum ini dinikmati oleh pemilik-pemilik jentera BMW.

JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang

En. Harald Hoelzl, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkata, menerusi pengenalan BMW Elite M Card, mereka ingin terus memperkayakan khidmat bertaraf dunia yang diunjurkan oleh BMW. Para pemilik kini boleh menikmati pelbagai ganjaran yang disediakan menerusi program keistimewaan ini dengan hanya menjadi sebahagian daripada famili BMW M.

Sejajar dengan pengalaman pemilikan premium yang dijanjikan oleh BMW Malaysia, pemilik BMW Elite M Card dapat menikmati acara-acara ‘M Track’ di peringkat tempatan dan serantau pada harga eksklusif. Pemegang kad ini juga boleh memanfaatkan diskaun tambahan bagi acara ‘BMW Driver Training’ serta barangan ‘BMW lifestyle’.

JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji

Di samping itu, pemilik juga akan diberikan keutamaan bagi janji temu servis dan ‘Reception at the Car’ (RATC) di semua outlet BMW M Service serta wakil pengedar BMW M, termasuk diskaun istimewa bagi pengguna setia BMW M serta laman khas untuk anda dalam aplikasi mudah alih BMW Group Loyalty+.

Pemilik BMW M kini akan memiliki akses menyeluruh ke atas semua tawaran yang dinikmati sebelum ini menerusi BMW Privileges Card yang meliputi:

  • Waranti Tanpa Had Perbatuan selama 5 Tahun oleh BMW serta Program Servis Berjadual Percuma
  • Program Waranti Tayar selama 2 Tahun / 24 Bulan oleh BMW untuk penawaran dan servis ‘Run Flat Tyre’
  • Bantuan Pinggir Jalan oleh BMW serta Hotline Kemalangan
  • Aplikasi Mudah Alih ‘BMW Group Loyalty+’ – ‘BMW White Card’ dan program keahlian ‘BMW Excellence Club’
  • Servis Dalam Talian BMW

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Perodua Bezza facelift versi Theophilus Chin
JOM BACA >> INTIP : Perodua sedang menguji sesuatu pada Daihatsu Tanto ini – Bukan model pengganti Kenari
JOM BACA >> Proton Saga Aeroback dijelmakan kembali secara digital
JOM BACA >> PANAS : Foto Perodua Axia 2019 varian STYLE bocor!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply