ARKIB

KATEGORI

Buletin

Probillet Engineering siapkan prototaip enjin DOHC untuk Yamaha Y15ZR

Berita Tempatan

Views

Berita baik buat Bossku! Fenomena Y-Suku (Yamaha Y15ZR) yang sedang melanda negara ketika ini membuka peluang kepada sebuah syarikat tempatan Probillet Engineering untuk membangunkan prototaip kepala silinder dengan aci sesondol berkembar (DOHC) untuk model tersebut. Pada ketika ini, Yamaha Y15ZR hanya menggunakan enjin dengan aci sesondol tunggal (SOHC) dan ia boleh dikatakan agak ‘mundur’ berbanding pesaingnya Honda RS150R.

JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang

Probillet Engineering dalam hantaran menerusi laman Facebook rasminya berkata, pengguna tidak perlu risau kerana kepala silinder PBE Y15ZR DOHC ini telah direka bentuk supaya boleh menggunakan hampir kesemua komponen dari kepala silinder Honda CBR150. Kepala silinder ini juga boleh menggunakan Performance High Camshaft dari Honda CBR150 yang dijual di pasaran semasa Thailand.

Syarikat tersebut semalam telah memuat naik beberapa foto prototaip kepala silinder 3D dari bahan plastik yang akan digunakan untuk melakukan proses pemeriksaan ujian aliran (test flow) dan pemasangan pada motosikal Y15ZR. Mereka akan akan bekerjasama bersama A.C.H untuk melakukan ujian aliran dan memastikan keputusan CFM pada tahap prestasi yang terbaik sebelum menghasilkan kepala silinder PBE DOHC yang sebenar.

JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji

Probillet Engineering yakin dengan usaha sama A.C.H bersama Esan Hamzah dan dengan kepakaran yang mereka ada boleh banyak membantu kepala silinder PBE DOHC menghasilkan CFM lebih cemerlang dan memberi ketahanan (durability) sekaligus berprestasi menghasilkan kuasa DOHC sebenar.

Mereka juga akan melakukan proses pemasangan prototaip kepala silinder pada jentera Y15ZR bagi memastikan kesemua pemasangan seperti head mounting, rantai sawat pemasa (timing chain), cam pulley, injap, spring injap, oiling system, water jacket dan lain-lain berfungsi dengan baik dan sempurna.

Nantikan perkembangan selanjutnya. Tunggu apa lagi Bossku!

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Probillet Engineering

JOM BACA >> Perodua Bezza facelift versi Theophilus Chin
JOM BACA >> INTIP : Perodua sedang menguji sesuatu pada Daihatsu Tanto ini – Bukan model pengganti Kenari
JOM BACA >> Proton Saga Aeroback dijelmakan kembali secara digital
JOM BACA >> PANAS : Foto Perodua Axia 2019 varian STYLE bocor!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply