ARKIB

KATEGORI

Buletin

Hyundai bangunkan Vest EXoskeleton

Berita Global

Views

Ini bukan prototaip baju zirah adiwira. Ia merupakan rompi ‘Vest EXoskeleton’ yang dibangunkan oleh Hyundai yang akan membantu pekerja industri yang banyak menghabiskan masa kerja mereka dalam keadaan mendongak. Rompi EXoskeleton boleh dipakai seperti beg galas tetapi ia tidak menjadikan anda seperti Iron Man.

Exoskeleton ini telah direka untuk meniru pergerakan sendi manusia bagi meningkatkan sokongan beban dan mobiliti. Beratnya hanya 2.5 kg dan ia dikatakan lebih ringan 22-42 peratus berbanding produk pesaingnya. Pengguna hanya perlu memasukkan tangan mereka menerusi tali bahu rompi dan mengikat dada serta kancingnya untuk menggunakan alat ini.

JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang

Ketua pasukan robotik Hyundai Motor Group DongJin Hyun berkata, VEX memberikan pekerja lebih banyak sokongan, mobiliti, dan daya adaptasi apabila beroperasi dalam keadaan mendongak. Ia juga lebih ringan dan mudah untuk digunakan.

Pengeluar kereta dari Korea Selatan ini mereka bentuk exoskeleton khusus untuk pekerja industri yang melakukan kerja dengan cara mendongak, seperti memasang bolting bawah kenderaan, tiub brek, dan ekzos. Program perintis pendek telah dijalankan di dua kilang Hyundai di Amerika Syarikat untuk menentukan keberkesanannya.

JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji

Salah satu aspek menarik dari exoskeleton ini dalah sambungan kaki tersedia yang membolehkan pengguna untuk duduk dengan berkesan, mengurangkan aktiviti bahagian belakang dan otot badan sebanyak 40 peratus, sekaligus mengurangkan keletihan dan meningkatkan kecekapan secara drastik.

Buat masa ini Hyundai masih belum mengumumkan harganya, namun ada sumber yang mengatakan harganya mungkin 30 peratus lebih rendah berbanding produk pesaing yang biasa diletakkan sekitar RM20,965 ($5,000).

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Perodua Bezza facelift versi Theophilus Chin
JOM BACA >> INTIP : Perodua sedang menguji sesuatu pada Daihatsu Tanto ini – Bukan model pengganti Kenari
JOM BACA >> Proton Saga Aeroback dijelmakan kembali secara digital
JOM BACA >> PANAS : Foto Perodua Axia 2019 varian STYLE bocor!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply