ARKIB

KATEGORI

Buletin

BMW Motorrad Malaysia perkenal Program Bateri dan Lanjutan Waranti

Berita Tempatan

Views

BMW Motorrad Malaysia telah memperkenalkan program lanjutan waranti bagi motosikal-motosikal BMW berserta dengan lanjutan waranti selama 5 tahun bagi topi keledar BMW. Menurut Ketua BMW Motorrad Malaysia, Owen Riley, dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), sesi konvoi bermotosikal sudah dibenarkan dan pihaknya teruja untuk mengalu-alukan kembalinya para peminat motosikal ke jalan raya menerusi program-program istimewa ini.

JOM BACA >> Kereta CKD dikecualikan Cukai Jualan, 50 peratus bagi kereta import mulai 15 Jun hingga 31 Disember 2020

BMW Motorrad Malaysia juga sedang melanjutkan waranti yang ditawarkan sehingga 1 Julai 2020 bagi motosikal-motosikal BMW yang warantinya bakal luput di antara 18 Mac 2020 dan 1 Mei 2020. Ia juga meliputi komponen-komponen tertentu yang lain, serta tiada perubahan dalam terma dan syarat waranti yang asal.

Bagi memudahkan pemilik yang menghadapi masalah bateri ketika PKP, BMW Motorrad Malaysia juga telah mengumumkan sebuah kempen istimewa yang menawarkan bateri dan pengecas bateri motosikal BMW dengan julat harga baharu yang menarik. Kempen tersebut akan berlangsung mulai hari ini sehingga 10 Julai 2020.

JOM BACA >> Gobek Api – Ciptaan Melayu lama pencetus kepada teknologi enjin terkini

Selain itu, waranti selama dua tahun yang sedia ada bagi semua topi keledar dalam barisan produk BMW Motorrad akan dilanjutkan kepada lima tahun. Secara retroaktif, tarikh mula tempoh sah bagi lanjutan waranti berkenaan ialah 1 Januari 2020. Waranti topi keledar baharu ini meliputi masalah kecelaan bahan serta pembuatan produk berkenaan.

Namun, lanjutan waranti BMW Motorrad bagi topi keledar tidak merangkumi sistem komunikasi BMW Motorrad, kerosakan yang diakibatkan oleh kemalangan, tingkah penjagaan yang kurang baik, serta pemasangan sistem dan aksesori pihak ketiga yang tidak sesuai. Kelusuhan yang lazim, kesan calar pada visor, visor matahari, tempurung topi keledar atau komponen plastik yang lain juga tidak dilindungi oleh waranti tersebut.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Honda City Hatchback mula turun ke jalan raya
JOM BACA >> Proton X70 2020 kini dengan Pembersih Udara Pintar
JOM BACA >> Satria Neo X : Model ikonik Proton berubah menjadi crossover kompak dua pintu
JOM BACA >> MESTI BACA : Simulator Perlumbaan – Apa yang anda perlu tahu
JOM BACA >> Proton PM5 ‘menjelma kembali’ dalam bentuk imej 3D

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply