Hari ini tular satu dokumen warta dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang telah mengeluarkan perintah untuk membatalkan penentuan harga runcit maksimum bagi petrol RON95 dan diesel yang sebelum ini ditetapkan pada RM2.08 dan RM2.14 seliter.
JOM BACA >> Kereta CKD dikecualikan Cukai Jualan, 50 peratus bagi kereta import mulai 15 Jun hingga 31 Disember 2020
Pembatalan tersebut diumumkan dalam warta bertarikh 3 Jun dan ia telah diluluskan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Alexander Nanta Tinggi pada 10 April 2020. Menurut warta tersebut, Perintah Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (Penentuan Harga Runcit Maksimum untuk Petrol dan Diesel) (No. 8) 2020 [P.U. (A) 64/2020] dibatalkan.
JOM BACA >> Gobek Api – Ciptaan Melayu lama pencetus kepada teknologi enjin terkini
Harga runcit maksimum telah diperkenalkan setelah Pakatan Harapan memenangi pilihan raya umum ke-14 dan harga runcit maksimum untuk RON95 dan diesel telah dihadkan tanpa mengira paras harga minyak global. Buat masa ini pengiraan harga minyak mingguan berpandukan kepada penetapan Mekanisma Harga Automatik (APM).
Adakah harga mingguan petrol RON95 dan diesel akan naik lebih tinggi sekiranya harga minyak global naik mendadak selepas ini? Ataupun kerajaan akan menetapkan satu mekanisma baharu untuk mengawal kenaikan harga minyak? Sama-sama kita nantikan!
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP : Honda City Hatchback mula turun ke jalan raya
JOM BACA >> Proton X70 2020 kini dengan Pembersih Udara Pintar
JOM BACA >> Satria Neo X : Model ikonik Proton berubah menjadi crossover kompak dua pintu
JOM BACA >> MESTI BACA : Simulator Perlumbaan – Apa yang anda perlu tahu
JOM BACA >> Proton PM5 ‘menjelma kembali’ dalam bentuk imej 3D
KOMEN TERKINI