ARKIB

KATEGORI

Buletin

Boleh balik kampung, PKP tidak akan dilaksana sempena Tahun Baharu Cina dan Aidilfitri

Berita Tempatan

Views

Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak akan melaksanakan kembali Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan sekatan balik kampung sempena Tahun Baharu Cina dan Aidilfitri, tahun ini.

Menurut Astro AWANI, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jika terdapat peningkatan kes COVID-19 di sesebuah kawasan, kerajaan hanya akan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan yang terbabit sahaja.

JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?

Katanya, sudah ada orang yang buat spekulasi macam-macam, termasuk kononnya tidak boleh balik raya kerana kes meningkat semula sejak beberapa hari lepas, namun jangan bimbang kerana pihaknya tidak akan tutup lagi seluruh negara, atau negeri atau daerah kerana jaminan sudah diberikan.

Tambah beliau, pergerakan rakyat juga seperti biasa, tetapi pihaknya akan memfokus kepada kawasan sasaran yang banyak berlaku penularan kerana ada PKPD. Jika kampung itu yang dikenakan PKPD, maka mereka dari kampung itu sahaja yang tidak boleh pulang.

Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera berkata cadangan prosedur operasi standard (SOP) Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan dibentang dalam mesyuarat sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang akan turut dihadiri wakil parti-parti pembangkang.

JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’

Beliau berkata Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengemukakan cadangan SOP itu secara terperinci, kerana keutamaan adalah untuk mengelakkan berlaku peningkatan kes positif COVID-19 akibat PRN itu.

Pihaknya menyerahkan kepada KKM untuk menentukan SOP secara terperinci dan beliau boleh memanggil mesyuarat sidang khas MKN untuk membincangkannya.

PRN Johor akan diadakan susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) berkuat kuasa semalam selepas Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran selepas menerima menghadap Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad di Istana Bukit Serene, Johor Bahru.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Ismail Sabri Yaakob

JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?
JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply