ARKIB

KATEGORI

Buletin

‘Port’ samseng jalanan kena serbu – 52 saman dikeluarkan, 14 motokar disita

Berita Tempatan

Views

Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Batu Pahat telah menjalankan satu Op Samseng Jalanan di lokasi panas kegiatan samseng jalanan di Pura Kencana, Sri Gading, Batu Pahat.

Menurut laman Facebook rasmi Polis Daerah Batu Pahat, operasi yang menyasarkan kepada pemandu motokar yang berhimpun sebagai penonton bagi ‘menyaksikan aksi-aksi lincah Mat Motor‘ di lokasi berkenaan.

JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?

Dalam serbuan yang dijalankan pihak polis telah membuat pemeriksaan terhadap kesemua pemandu lingkungan umur 20 tahun hingga 30 tahun serta motokar yang telah diubah suai tanpa kelulusan daripada pihak JPJ.

Hasil pemeriksaan (37) motokar, pihak polis telah mengeluarkan sebanyak (52) saman atas pelbagai kesalahan ubahsuai terutama pengubahsuaian ekzos.

JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’

Pihak polis juga telah menyita sebanyak (14) buah motokar di bawah Seksyen 64 APJ 1987. Kesemua kenderaan yang disita di bawa balik ke Balai Polis Trafik Ipd Batu Pahat untuk siasatan lanjut.

Operasi dijalankan bertujuan mendidik pengguna jalan raya agar tidak melibatkan diri serta menjadi penonton kepada kegiatan samseng jalanan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Polis Daerah Batu Pahat

JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?
JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply